Selamat Tahun Baru FunnelEvo

Alhamdulillah kita nak masuk ke tahun 2024, masih berpeluang untuk buat lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

2023 satu kejayaan atau kegagalan?

Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat anak didiknya berjaya.

Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat anak didiknya dimercu kejayaan.

Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat anak didiknya dilimpahi rezeki dan kebahagiaan.

Tak ada yang lebih menggembirakan seorang guru bila melihat orang di sekeliling anak didiknya turut mendapat manfaat dan kebaikan dari kejayaan yang dikecapi.

Sejak tahun 2016. Saya dan FunnelEvo terus komited untuk membimbing usahawan untuk keluar dari kepompong minda kemiskinan dan hancurkan dinding-dinding penghalang dalam hidup.

Kami percaya semua orang layak berjaya dan usaha yang berterusan dan keberkatan dalam setiap proses yang mereka lalui. Dalam perjalanan yang sibuk, kita tak terlepas dari lakukan kesilapan dan tidak boleh menidakkan ada ketika. ada perasaan mahu mengaku kalah, itulah perjuangan saya dan FunnelEvo.

Jika kita buat ‘seorang’ kita akan lemah, tapi jika bergerak bersama-sama kita akan jadi lebih semangat dan lebih berani. FunnelEvo adalah circle keusahawan yang besar yang saling membantu antara satu sama lain. 2023 ada banyak suka, duka, kenangan dan banyak ragam. Seruan untuk kita kembali rapatkan saf dan fokus untuk bangkit semula dan buat lebih baik pada tahun baru ini.

Saya menyeru pada para pendiri bisnes, semarakkan perasan “LAWAN, TETAP LAWAN!” Kalau nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh! Tak nak buat, tak payah buat! Belajar syukuri apa yang kita ada hari ini dan gandakan usaha kita untuk capai lebih banyak kejayaan demi agama, bangsa dan Tanah Air Malaysia!

Nak kami bantu kembangkan bisnes anda untuk grow lebih laju tahun 2024? Daftar sekarang di Amzing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju untuk FunnelEvo bantu anda!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!