Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Marhaban ya Ramadhan! Selamat menjalani ibadah puasa.

“Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredha Allah, maka akan diampunkan segala dosanya yg telah lalu..”

(Riwayat Al-Bukhari)

Bulan Ramadan, bulan mulia yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mencari pahala yang banyak. Bulan yang mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mengawal segala nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Anggaplah ini sebagai Ramadan terakhir anda untuk merebut peluang pahala yang ada, kerana tiada siapa tahu bila pengakhiran kita nanti. Semoga bermanfaat kepada semua.

Bulan Ramadan, bulan mulia yang dinantikan seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mencari pahala yang banyak. Bulan yang mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mengawal segala nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah agaknya andai Ramadan kali ini ialah Ramadan yang terakhir dalam hidup kita? Ramadan seterusnya, masih adakah peluang untuk kita mengumpul pahala berterawih dan bertadarus al-Quran? Masih sempatkah untuk kita merebut peluang bertemu dengan malam al-Qadar?

Tiada siapa yang mampu untuk memberi kepastian, bagi setiap persoalan.

Sahabat, mulakanlah persiapan kita seawal yang mungkin bagi bertemu dengannya. Anggaplah ini kesempatan terakhir kita untuk menikmati setiap kemanisan ibadah di dalamnya.

TIPS-TIPS PENTING ANDA PERLU LAKUKAN DALAM MENEMPUHI BULAN RAMADAN!

Mulakan dengan melakukan 5 tips penting untuk menghadapi bulan Ramadan yang mulia:

1. PERBETULKAN NIAT

Daripada Umar al-Khattab r.a.:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. (HR Bukhari, hadis sahih)

  • Jika hati dan niat kita telah terfokus hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT, maka amal perbuatan kita selepas itu akan menjurus kepadanya juga.
  • Persiapkan niat kita untuk menghadapi Ramadan ini hanya kerana Allah SWT

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim.

2. LATIH DIRI BERPUASA

  • Sebaiknya kita melatih diri untuk berpuasa sunat pada bulan sebelumnya; seperti puasa Isnin dan Khamis.
  • Menurut sirah, Rasulullah SAW melipatgandakan kuantiti dan kualiti ibadat puasa.

Hal itu diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:

كَانَ رَسُولَ اللهِ يَصُومُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّىَ نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلاَّ رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَاماً فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Rasulullah banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kami mengatakan, baginda tidak pernah berbuka, dan kadang-kadang baginda terus-menerus berbuka hingga kami menganggap baginda tidak berpuasa langsung. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Syaaban.” (HR Muslim, hadis sahih)

3. BERAZAM UNTUK TIDAK MENINGGALKAN SAHUR

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

4. BERSEDERHANA SEMASA BERBUKA PUASA

إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓا۟ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra’ : 27)

5. MENGAMALKAN SEDEKAH

  • Mulakan amalan bersedekah sedikit semi sedikit daripada sekarang.
  • Sedekah tidak semestinya dalam bentuk harta. Ianya termasuk dengan mempamerkan akhlak yang baik, senyuman dan raut wajah yang menyenangkan, meringankan beban dan membantu orang lain.
  • Boleh juga kenalpasti jiran tetangga yang kurang berkemampuan dan hulurkan bantuan kepada mereka.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ الله – صلى الله عليه وسلم – حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ .

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, hadis sahih)

Semoga keberkataan selalu mengiringi kita semua.

Semoga setiap amalan kita berbalas pahala yang berlimpah.

Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !