Selamat Hari Pekerja

Hari pekerja adalah hari cuti. Tak kira anda pekerja ke, majikan ke atau orang yang terlibat dengan pekerjaan, anda pun boleh cuti juga.

Walau bagaimana pun, terdapat banyak perkara yang telah berubah di kala cuti ini mula diperkenalkan dengan apa yang ada sekarang.

Apa yang terus menjadi pengubah masyarakat ialah tahap ilmu ahli masyarakat. Lagi tinggi ilmu, lagi luaskan ruang pekerjaan. Di sinilah pentingnya institusi pendidikan tidak berlakon mereka mendidik.

Apabila Bank Dunia memberikan pandangan bahawa sistem pendidikan kita ada masalah, jangan marahkan orang politik sahaja. Mereka datang dan pergi. Ada ramai pegawai-pegawai pendidikan dengan pelbagai pangkat yang juga bertanggungjawab.

Jadi kualiti pekerja, khususnya yang ada dalam sektor pendidikan, akan menjadi faktor penting dalam memdidik dan melatih tenaga manusia masa hadapan. Walaupun bajet pendidikan negara adalah yang terbesar setiap tahun, sudah ada banyak pihak yang mempersoalkan samada manfaat yang dijana sejajar dengan pelaburan berkenaan.

Pekerja adalah insan. Insan dipacu oleh ilmu. Mahu tak mahu, kita kena juga bincang berkenaan ilmu walaupun sedang bercuti di Hari Pekerja.

Untuk kejar dunia kita perlu bekerja. Untuk kejar akhirat juga kita perlu bekerja. Ini kerana Islam tidak memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat. Bekerja dikira sebagai ibadah. Berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga adalah suatu tuntutan menurut Islam.

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pekerja dalam pelbagai sektor di Malaysia. Semoga sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan ikhlas dari kami warga kerja FunnelEvo.

Majikan perlukan pekerja yang bagus. Pekerja perlukan majikan yang baik!

Majikan yang baik bila ada ilmu, bila jelas hala tuju syarikat dan bila dapat berbagi rezeki!

Pekerja yang baik beri kerjasama yang baik, jelas tentang matlamat dan halatuju syarikat, sama-sama mendokong gerak kerja syarikat!

Lawan tetap lawan!

#TeamFunnelEvo

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!