Selamat Hari Guru Warga Pendidik!

Dalam setiap bidang pasti ada gurunya tersendiri.

Ada yang suka cikgu yang baik, lemah lambut. Ada juga yang suka cikgunya garang.

Walau siapa pun guru anda, ingatlah…

Dalam ajarannya ada harapan,

Dalam tegurannya ada doa,

Dalam marahnya ada sayang,

Dalam diamnya ada kebijaksanaan,

Dalam tangannya ada kejayaan yang terbina.
Kenapa setiap hajat yang kita nak capai susah nak dapat?

Pernah tak anda rasa susah & sukar sangat dalam mencapai sesuatu perkara?

Perasaan ‘STUCK’ bilamana semua perkara kita buat tak berhasil.. Bisnes tak jadi.. Kerja makin stress.. Ada kenderaan, kenderaan accident.. Ada duit, duit hilang.. Dan macam-macam lagi..

Kadang-kadang rasa penat dan lelah dah dengan jalan hidup yang Allah bagi.

Orang kata redha jer…

Tapi, sampai bila nak redha. Sampai mati?

Kalaulah ada magik boleh berlaku. Boleh ubah semua ni 360 darjah sekelip mata. Alangkah baiknya.. Kan?

Rezeki kita ini sahabat sekalian, tidak HANYA ditentukan sekuat mana usaha kita sahaja. Tapi BERAPA BERKAT usaha itu.

Guru saya pernah berpesan, orang yahudi kejar “BANYAK”, orang Islam kejar “BERKAT”.

Sebab bila berkat ia akan banyak dan paling penting ia mudah.

Jadi bagaimana untuk dapat magik dalam hidup?

Amalkan 5 amalan dapat magik dalam hidup;

1. SEDEKAH – Beri sampai hati menggeletar. Sifir Allah 1-1 = 10. Beri dulu baru Allah gandakan!

2. TAHAJJUD – Buat challenge untuk konsisten tahajjud selama 30 hari. Paksa diri untuk bangun.

3. JAGA IBU BAPA – Apa yang buatkan mereka happy giler2? Buat yang tu! Kalau nak rezeki yang tanpa disangka-sangka, buat suprise kepada ibu ayah, suprise yang mereka tidak sangka!

4. ISTIGHFAR – “Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Quran, surah Nuh, 71 : 10-12)

5. MAAFKAN SEMUA ORANG – Ya walaupun ianya berat, tapi kena buat! Sebab dalam silaturrahim ada rezeki.

Amalkan 5 amalan ini dulu. Tak perlu banyak. Yang penting, buat dengan hati yang IKHLAS. Insya-Allah, dengan buat perlahan-lahan, anda akan mula rasai magik akan berlaku!

Sempena hari meraikan penghargaan buat guru, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru! Terima kasih kerana telah mendidik dan membimbing kami dengan sepenuh hati.

Moga bermanfaat!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !