Seed4Future Blueprint Kejayaan Yang Dibina Sendiri Dari Awal

Dalam dunia entrepreneurship Malaysia, nama Seed4Future sudah menjadi sinonim dengan pendidikan perniagaan yang down-to-earth, praktikal, dan mudah difahami.

Di sebalik nama yang catchy ini, tersembunyi kisah seorang founder yang mengambil jalan yang jarang dilalui orang lain iaitu membina empayar tanpa blueprint daripada sesiapa.

Nama Yang Lahir Pada Jam 2 Pagi

Perjalanan Seed4Future sebenarnya bermula dengan beberapa nama yang gagal. Kisah di sebalik penamaan syarikat ini menunjukkan bahawa kadang kala, kejayaan memerlukan beberapa kali trial and error sebelum menemui formula yang betul.

Black and White Consultant adalah nama pertama yang dipilih Abang Naz. Kenapa?

“Saya pun tak tahu. Kenapa saya tak tahu? Belajar lah dulu. Black and white je. Lepas tu logo ambil kat Google.”

Simple. Straightforward. Dan mungkin terlalu generic.

Selepas tiga bulan, nama ditukar kepada Trans Motivation.

Tetapi masalah baru timbul. Orang mula mengaitkan dengan perkataan ‘transgender’. Dalam dunia motivational speaking yang agak konservatif, ini bukan persepsi yang baik.

“Lepas tu orang cakap macam transgender. Oh yelah trans,” kenang Abang Naz sambil menggeleng kepala.

Tiga bulan kemudian, nama ditukar lagi. Kali ini kepada Nas Motivation. Tapi masalah ketiga muncul lagi sekali. Orang kata bunyi ‘poyo’. Terlalu self-centered. Terlalu fokus kepada individu dan bukan kepada mission.

Akhirnya, pada suatu malam di tahun 2016 atau 2017, mentor beliau, seorang doktor yang mengajar Christian Counseling dan sangat rapat dengan Abang Naz beri cadangan melalui panggilan telefon pada jam 2 pagi.

“Kami dah macam couple, call sampai 2 pagi cari nama,” kongsi Abang Naz mengenai bromance istimewa mereka.

‘Seed for Future‘. Nama yang akhirnya stick dan kekal hingga hari ini. Nama yang membawa makna menanam benih untuk masa depan.

Dari MRSM Transkrian ke TikTok University

Perjalanan pendidikan Abang Naz sendiri cukup menarik. Beliau adalah second intake di MRSM Transkrian. Sesuatu yang jadikan beliau cuba lebih kuat untuk dapat perhatian dan buktikan diri.

Dilahirkan Untuk Ke Depan

“Memang saya rasa saya dilahirkan untuk macam tu kot. Ke depan lah maksudnya,” kata Abang Naz mengenai personality semula jadi beliau.

Sejak Form 1 lagi, guru-guru sudah nampak beliau mempunyai sifat yang suka tampil ke hadapan, suka orang perhatikan, dan mempunyai presence yang kuat.

Walaupun pada masa itu masih bergelut dengan masalah gagap.

Beliau memegang jawatan kepimpinan Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP) pada Form 4, menang tanpa bertanding.

Architect Yang Tidak Jadi, Kisah Minat Yang Dikorbankan

Ramai yang tidak tahu, cita-cita asal Abang Naz adalah untuk menjadi architect.

“Saya suka melukis. Saya memang suka melukis,” kongsi beliau dengan penuh passion dalam suara.

Tetapi kenyataan hidup membuatkan beliau mengambil keputusan praktikal. Di Malaysia, peluang untuk seorang pelukis atau arkitek menjana pendapatan yang lumayan adalah terhad melainkan anda adalah Leonardo da Vinci.

“Macam saya bukannya Leonardo da Vinci. Conteng sahaja dapat 5 juta. Kalau saya conteng harga 100 jual pun tak laku.”

Jadi beliau ambil jalan tengah. Pilih Kejuruteraan Telekomunikasi dengan biasiswa Telekom Malaysia. Dekat dengan seni dan reka bentuk, tapi lebih sustainable dari segi kerjaya.

Namun, takdir membawa beliau ke jalan yang berbeza sekali.

Ibu Mahu Anak Jadi Engineer Tapi…

Seperti kebanyakan ibu di Malaysia, ibu Abang Naz mempunyai impian untuk melihat anak-anaknya menjadi professional yang stabil, khususnya jurutera.

“Adik saya otw jadi engineer Petronas, sebab ibu nak anak engineer. Anak cuma dua orang, abang dah ‘lost’.”

Ya, ibu beliau pada mulanya tak faham mengapa anak sulungnya meninggalkan bidang kejuruteraan yang stabil untuk terjun ke dunia perniagaan dan motivational speaking yang tak menentu.

Namun, sokongan ibu tetap tak berbelah bagi. Walaupun tak bersetuju dengan keputusan anaknya, beliau tetap menyokong dengan sepenuh hati termasuk memandu menghantar Abang Naz dari satu sekolah ke sekolah lain untuk program motivasi dengan bayaran RM20 je.

“Ibu sangat support, sampai sanggup drive saya sebab tahu saya akan penat mengajar.”

Ini adalah definition sebenar sokongan ibu. Walaupun tak setuju tapi tetap bantu sebab percaya kepada passion anak sendiri.

Corporate vs Sekolah, Perpindahan Yang Mengubah Segalanya

Tahun 2019 menjadi turning point penting untuk Seed4Future. Selepas 4 tahun bergelumang dengan program sekolah, Abang Naz mula fokus kepada pasaran korporat.

Realiti Keras Pasaran Sekolah

Sekolah pedalaman memang kekurangan bajet.

Pengalaman paling menyentuh? Membuka sampul bayaran dan ternampak RM1 daripada cikgu-cikgu yang sumbang duit sendiri kerana sekolah tak ada peruntukan.

“Buka sampul duit kutipan cikgu, cuma ada 1 ringgit. itupun duit cikgu sendiri yang bagi.”

Ini bukan tentang tak mahu bantu. Abang Naz masih turun ke kawasan perdalaman secara CSR tanpa bayaran. Tapi untuk bina sebuah perniagaan yang sustainable, terpaksa ada perubahan strategi.

Consultant ni boleh kaya tapi kalau market sekolah ni susah. Kena main numbers. Kena main volume,” tambah beliau mengenai realiti industri.

Volume Strategy, The Peak of 2017

Puncak karier motivational speaking Abang Naz di sekolah berlaku pada 2017. Tahun itu, beliau boleh lakukan sesuatu yang ramai orang tak mampu nak bayangkan.

“Seminggu program pagi petang malam non-stop. Saya drive sendiri.”

Stamina luar biasa. Dedication yang melampau. Dan fitness level yang terjaga. Sesuatu yang beliau akui sudah tak boleh lakukan sekarang.

“Tapi bila compare sekarang tak boleh dah. Tak tahu kenapa. Sebab pemakanan kita ke? Atau sebab tua.”

Factor usia, stamina, dan keutamaan hidup yang berbeza kini. Tetapi legacy daripada tahun-tahun ‘gila kerja’ itu bina foundation kukuh untuk Seed4Future hari ini.

Blueprint Tanpa Blueprint

Satu aspek paling unik tentang perjalanan Abang Naz ialah beliau tak pernah attach dengan mana-mana mentor atau syarikat untuk belajar perniagaan.

“Tak pernah attach. Langgar je,” kata beliau dengan tegas.

Bagi beliau, ini adalah approach yang berbahaya untuk sesetengah orang tapi ia berkesan untuk dirinya sendiri.

“Cara saya ni kadang-kadang merbahaya untuk setengah orang tu. Sebab setengah orang buat business lagi bagus belajar dengan orang tu.”

Beliau sedar kebanyakan orang lebih selamat dengan kaedah berguru, belajar dengan orang lain sebelum terjun sendiri. Tetapi journey beliau adalah ‘buat sahaja lah. Memang langgar, langgar, melanggar.

Tiada Idola, Hanya Passion

“Saya memang minat. Minat tanpa ada reference,” kongsi beliau dengan yakin.

Tak ada idol. Tak ada role model yang diikuti. Hanya passion tulen untuk mengajar dan membantu orang lain.

Inspirasi datang dari tempat yang simple. Melihat bapa beliau buat kerja wiring part-time dan nampak bahawa perniagaan kecil-kecilan pun boleh jana pendapatan.

Perkenalan dengan Puan Ara & Cik Sya

Salah satu pertemuan game-changing dalam perjalanan Abang Naz adalah apabila beliau bertemu dengan Puan Ara dan Cik Sya. Mereka ialah business owners yang menjalankan bakery home-based di kawasan Keramat.

“Mereka a very great business owner.” puji Abang Naz.

Tapi yang menariknya cara mereka bertemu melalui Instagram account pasal dakwah. Bukan melalui networking event. Bukan melalui business conference. Tapi melalui konten tentang ‘hukum couple‘ dan motivasi berunsurkan dakwah.

Inilah yang membuatkan perjalanan entrepreneurship Abang Naz begitu authentic. Semua berlaku secara organik, natural, dan unexpected.

Dari situlah pintu kepada projek-projek korporat mula terbuka luas.

Lessons in Leadership

Satu kisah yang powerful dari zaman sekolah Abang Naz. Beliau menang jawatan Presiden BWP tanpa bertanding kerana tak ada sesiapa yang berani ambil jawatan tersebut.

“Bayangkan seorang saja yang bertanding. Memang saya menang lah. Menang tanpa bertanding,” kata beliau dengan nada sedikit kecewa.

Manifesto beliau ketika itu? Locker baru ke untuk setiap pelajar. Tapi apa yang terjadi? Tak terlaksana pun. Manifesto ni lah.

Ini adalah pelajaran awal tentang politik, kepimpinan, dan realiti bahawa tak semua janji boleh ditunaikan kerana kekangan sistem dan resources.

Tapi leadership experience ini membentuk Abang Naz menjadi seseorang yang…

  • Faham apa itu tanggungjawab besar
  • Tahu bagaimana nak manage ekspektasi
  • Berani tampil walaupun tak ada sokongan penuh
  • Sanggup korbankan masa untuk orang lain

The Real Seed4Future

Apakah sebenarnya Seed4Future? Ia bukan sekadar nama syarikat. Ia adalah philosophy hidup yang diamalkan Abang Naz sejak zaman sekolah lagi.

Tahu suatu hari nak mengajar. Tak kisah jadi lecturer ke apa tapi tak pernah expect pun nak jadi guru bisnes.

Seed4Future adalah tentang…

  1. Menanam benih harapan dalam diri entrepreneur muda yang mungkin tak tahu dari mana nak mula.
  2. Membina masa depan melalui pendidikan perniagaan yang praktikal dan relatable.
  3. Merasai kepuasan apabila melihat orang lain berjaya hasil daripada bimbingan yang diberikan.

Dari budak MRSM yang gagap, dicaci, dan diragu-ragukan kemampuannya, Abang Naz kini menjadi suara untuk beribu entrepreneur yang dahulunya juga pernah rasa down, rasa tak capable, dan rasa seperti dunia tak support mereka.

Perjalanan beliau membuktikan bahawa kejayaan tak perlukan blueprint perfect. Kadang kala, blueprint paling powerful adalah yang kita cipta sendiri melalui kegagalan, pembelajaran, dan keberanian untuk terus bangkit.

Seed4Future bukan sekadar syarikat. Ia adalah movement. Ia adalah harapan. Dan yang paling penting, ia adalah bukti hidup bahawa siapa pun boleh berjaya jika mereka berani ambil langkah pertama, walaupun path itu tak jelas.

“Saya ikut arus dan ikut hati saya. Bukan nak ikut orang, itu cara saya.”

Dan approach itulah yang membawa beliau dari RM20 sejam kepada platform yang mempengaruhi ratusan ribu usahawan di Malaysia hari ini.

Nak tahu rahsia & tips Abang Naz? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!

Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !