Tahniah Puan Sayang dan Pasukan!
Sayang Express Catering Jadi Pilihan Fattah Amin & Amira Othman
Kalau sebut je Sayang Express Catering (SEC), ramai terutama di kawasan Sepang dah kenal dengan nama ni antara syarikat katering yang tengah naik dan makin jadi sebutan.
Tapi kali ni, nama SEC bukan sekadar dikenali…
Mereka baru saja berjaya mengendalikan Majlis persandingan Fattah & Amira Fans di A Park, Puchong dengan kehadiran lebih 3,000 orang tetamu!
Kenapa Mereka Jadi Pilihan?
1. Kualiti & Servis Yang Konsisten
SEC bukan sekadar sediakan makanan sedap, tapi pengalaman yang lengkap dari susun atur, layanan staf, sampai kebersihan setiap meja.
Setiap majlis dijaga macam majlis keluarga sendiri.
2. Kekuatan Pasukan Media & Branding
Team SEC tahu guna media sosial dengan strategi.
Live di TikTok berjaya capai lebih 12K view dan ribuan likes, menjadikan jenama SEC semakin dikenali di seluruh Malaysia.
3. Pengurusan Yang Sistematik
Sejak sertai program FunnelEvo, SEC bukan lagi beroperasi “ikut rasa.”
Mereka ada struktur, tiga orang pengurus untuk bahagian berbeza, dan tahu baca data jualan serta kos dengan tepat.
4. Budaya Saling Membantu
Di sebalik kejayaan ni, ada kolaborasi kuat antara Puan Sayang, pasukan SEC, dan rakan profesional seperti Decorator Pogy Manan bukti bahawa rezeki datang bila kita saling bantu dan berkongsi kebaikan.
Apa Pengajaran Untuk Founder Lain?
Bila bisnes makin besar, data jadi kompas utama.
Bila ada team, sistem dan ilmu jadi pelindung.
Bila ada bimbingan, keputusan jadi lebih tepat.
Puan Sayang bukti bahawa founder yang berani belajar, berani berubah, dan berani ukur bisnes dengan data akan sentiasa selangkah di depan.
Nak Grow Bisnes Anda Macam SEC?
Founder, dah tinggal beberapa bulan lagi sebelum masuk tahun baru.
Kalau anda nak keluar dari operasi dan mula fikir macam CEO sebenar, inilah masa terbaik.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
