Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Kos Pengiklanan Semakin Mahal, Apa Perlu Buat?

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Jom dengar satu kisah 2 orang budak lelaki. Saiful dan Rashid. Mereka sahabat yang sangat akrab dan sangat minati bidang perniagaan, terutama perniagaan online.

Kedua-dua mereka kerap hadir ke seminar-seminar yang dianjurkan oleh ramai pihak. Ada yang murah, mahal dan super mahal. Semuanya adalah kerana nak hasilkan jualan yang banyak untuk perniagaan masing-masing.

Pada peringkat awal, perniagaan mereka hebat. Jumlah pelanggan meningkat, jualan tak menang tangan. Produk selalu habis dijual. Semuanya gara-gara belajar teknik marketing online menggunakan Facebook.

Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tanpa disangka, ‘period’ testing Facebook untuk market Malaysia sudah berakhir.

Dulu, semua iklan akan ‘approve’ dengan mudah. Ubat kuat lah, ayat super ‘hype’, gambar sebelum dan selepas semua Facebook sapu bersih. Tidak ada masalah.

Kenapa? Kerana mereka dalam fasa ‘menarik’ pelanggan baru yang boleh jadi pelanggan tetap mereka dan menjadikan Facebook medium pengiklanan nombor 1.

Apabila ia sudah dicapai, maka Facebook akan mula buat proses pembersihan. Ayat-ayat ‘hype’ seperti “Kencing manis turun dalam 7 hari”, “Kurus tanpa senaman”, “Kurus 10kg dalam 30 hari” akan terus di banned dan paling best akaun terus ‘flagged’.

Bayangkan apa berlaku kepada Saiful dan Rashid. Kedua-dua sahabat ini mengalami tekanan yang amat sangat. Saiful dan Rashid pening bagaimana nak mula kembali. Mereka tahu pelanggan adalah nyawa mereka dalam bisnes.

DUA APPROCH BERBEZA, HASIL YANG BERBEZA

Bagi Saiful, mungkin dia perlukan sesuatu yang fresh. Jadi dia ubah copywriting, ubah gambar, buat fanpage banyak (kononnya orang akan tengok banyak fanpage yang menjual produknya).

Ya, hasil yang Saiful dapat banyak, tetapi lama kelamaan makin menjunam. Sebab Saiful terlalu bergantung kepada pengiklanan di Facebook. Facebook sentiasa berubah, dinamik tidak statik.

Iklan yang Saiful buat biasanya tak bertahan lama. Sama ada iklannya tak ‘Approve’ atau iklan yang dulu memberi hasil tinggi, lama kelamaan ia jadi semakin lemau.

SAIFUL PERLUKAN SESUATU YANG BARU…

Lain pula bagi Rashid, dia bina satu fanpage dan tindakan awal adalah menarik LIKE yang banyak. Dia membina Fans yang ‘suka gila’ dan jatuh cinta dengan fanpage itu.

Dia buat fans sehingga tertunggu-tunggu dengan ‘next sharing’ yang akan dibuat dan paling best, setiap fans yang follow adalah agen tidak rasmi Rashid. Setiap post yang beliau buat, akan ada sahaja orang yang LIKE dan SHARE.

Yes, fan yang akan tolong Rashid sebarkan dan viralkan fanpage nya.

Almaklum lah, orang dah dilamun cinta. Sanggup buat apa sahaja. (Klik share je pun).

Tak cukup dengan itu, Rashid suap lagi fan dengan gelak ketawa, informasi berguna, tips-tips luar biasa yang diluar jangkaan. Sehingga fansnya sendiri pelik. Dia ni gila ke bagi semua ni free?

I LOVE U & TOLONG BELI BOLEH?

Siti adalah fans kenapa si Rashid. Dia sangat-sangat seronok dengan perkongsian si Rashid. Bukan setakat di fanpage, Rashid juga hantar email dan berkongsi di blognya.

Satu hari, Rashid cadangkan Siti untuk beli. Bukan paksa, tapi ‘cadangkan’.

Rashid jual satu alat untuk senaman.

la alat biasa. Kalau di supermarket bersepah orang jual. Mahal pula tu. tapi disebabkan kata-kata manis dan Siti sudah jatuh cinta dengan si Rashid, Siti beli juga!

KALAU ADA 1000 ORANG SITI SETIAP BULAN?

Ok, cuba bayangkan, kalau ada 1000 orang Siti setiap bulan? Katakan keuntungan untuk setiap jualan adalah RM100.

Ehem, Rashid sudah jana keuntungan RM100,000 sebulan.

Hanya dengan ‘bercinta dengan Siti’, dan jika Siti sudah jadi pelanggan tetap, setiap bulan promotekan 1 barang baru untuk dia beli. Income makin bertambah!

Belajar sesuatu daripada kisah Saiful & Rashid?

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, inpirasi dan motivasi usahawan, boleh follow Channel Telegram FunnelEvo sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!