Nama saya Puan Haryati Binti Ismail. Kalau orang tengok sekarang, mungkin nampak angka jualan lebih sejuta. Tapi tak ramai tahu perjalanan saya bermula dengan air mata dan hutang.
Sebelum saya ada My Mosaic Gallery, saya hanyalah seorang Admin Staf di sebuah syarikat building materials. Kerja saya bukan sekadar urus dokumen dan saya buat multi-task. Saya jaga showroom, saya buat jualan, saya urus pelanggan.
Tahun 2020, saya dilantik sebagai Showroom Manager. Tapi sebenarnya, jiwa berniaga saya dah lama wujud. Sejak umur 22 tahun, saya dah berniaga kecil-kecilan. Jual kerepek, jual biskut. Semua saya cuba. Tanpa ilmu bisnes yang betul. Tanpa mentor.
Saya cuma ada satu pegangan
Saya minat berniaga.
Saya nak ikut sunnah.
Dan saya nak bebas hutang.
Tahun 2021, saya buka syarikat sendiri dalam bidang jubin. Dalam perjalanan bisnes, ujian datang tanpa amaran.
Suami saya pernah ditipu dalam pelaburan lebih RM40,000 hilang begitu sahaja. Kami terpaksa berhutang.
Pada masa yang sama, saya buat keputusan besar saya ambil personal loan dengan interest tinggi untuk renovate showroom. Saya fikir, kalau nak nampak profesional, kena berani labur.
Tapi itu antara kesilapan terbesar saya.
Saya sedar satu benda.
Saya rajin.
Saya usaha.
Tapi saya tak ada strategi yang betul.
Saya menyertai Mastermind FunnelEvo sebab saya tahu saya perlukan ilmu. Saya tak nak ulang kesilapan yang sama.
Di sini, saya belajar dan perbaiki,
- Cara buat iklan yang betul.
- Strategi nak follow up customer dengan sistematik
- Macam mana nak guna TikTok untuk tarik perhatian pelanggan
Saya mula aktif di TikTok.
Saya mula buat follow up lebih konsisten.
Saya mula faham positioning dan trust.
Perlahan-lahan, hasil itu datang. Perubahan sales yang saya tak pernah bayangkan juga berlaku.
Jumlah Sales tahun 2024 sekitar RM600 ribu, alhamdulillah tahun 2025 Allah rezekikan saya capai RM1.1 juta. Dalam tempoh empat bulan iaitu September hingga Disember 2025 sahaja, sales saya naik lebih RM100k++.
Saya tak pernah bayang dari keadaan berhutang dan stress… Saya boleh tembus lebih RM1 juta setahun.
Apa Saya Belajar?
Ilmu digital itu bukan pilihan.
Kalau orang tak kenal kita, macam mana nak percaya?
Sekarang saya faham bisnes bukan sekadar buka kedai dan tunggu pelanggan datang. Kita kena bina kepercayaan. Kita kena konsisten.
Dan paling penting, jangan berhenti walaupun pernah jatuh.
Kalau saya yang pernah hilang RM40,000 dan berhutang kerana keputusan silap boleh bangkit…
Mungkin hari ini, giliran anda pula untuk bangkit.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
