Saya Pernah Tak Bergaji Setahun, Tapi Hari Ini Saya Punya 2 Cawangan & Produk Sendiri

Nama saya Dr. Husnun Nisak Hamdan, dan sebelum saya bergelar usahawan, saya hanyalah seorang doktor di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama empat tahun. Kerja saya stabil, gaji tetap, tapi jiwa saya kosong.

Saya mula mencari kerja lain tapi tak ada satu pun syarikat yang sanggup bayar gaji setinggi yang saya impikan. Akhirnya saya buat keputusan besar Kalau tiada siapa nak bayar saya tinggi, saya akan cipta sendiri syarikat yang mampu bayar saya dan orang lain lebih tinggi.

Tahun 2022, saya mula bina H&A Medicare Sdn Bhd. Waktu tu, semangat tinggi… tapi realitinya jauh lebih mencabar daripada yang saya sangka.

Saya fikir jadi usahawan bermakna lebih bebas tapi rupanya, saya bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bezanya, kali ini saya bekerja untuk impian sendiri. Dan saya tahu, kalau saya jatuh pun, itu jatuh atas perjuangan yang saya pilih sendiri.

Saya tak akan lupa tahun pertama saya berniaga. Duit sales dicuri staf. Hanya RM5,000 yang dapat saya kesan, selebihnya lesap tanpa jejak.
Resit hilang, sistem tunggang-langgang. Waktu tu saya hanya mampu pandang akaun tinggal RM10,000 sahaja.

Saya cuba cari pelabur, tapi semua menolak. Saya berhutang RM350,000 dengan komitmen RM5,000 sebulan selama 7 tahun. Dan selama setahun penuh, saya tak ambil gaji langsung.

Setiap hari saya berdoa agar bisnes ini tak terkubur sebelum sempat saya nampak hasilnya. Tapi Allah Maha Baik. Satu demi satu peluang datang pelanggan makin ramai, dan saya mula nampak sinar semula.

Saya sertai Mastermind FunnelEvo pada Mac 2024 dari situlah titik perubahan sebenar bermula. Saya belajar bukan sekadar nak “buat sales”, tapi macam mana nak bina bisnes yang boleh berdiri sendiri.
Saya restructure sistem operasi, betulkan aliran cashflow, dan mula belajar guna digital platform dengan betul.

Sebelum ni, saya penat layan WhatsApp siang malam. Tapi selepas belajar strategi jualan digital, saya pindahkan sistem jualan ke Shopee. Sekarang pelanggan boleh terus beli saya tak perlu lagi layan mesej satu-satu. Sales naik, tapi masa makin tenang.

Hasil Perubahan selepas menyertai FunnelEvo,

1. Dari tahun 2023 ke tahun 2024, jualan meningkat sebanyak 59.6%. Peningkatan terus berlaku dari tahun 2024 ke Oktober 2025 dengan tambahan 22.2%.

Secara keseluruhan, dalam tempoh dua tahun, jualan meningkat hampir 95% berbanding tahun asas tahun 2023.

2. Sudah ada 2 cawangan H&A Medicare.

3. Sudah lancarkan produk supplement sendiri (untuk wanita yang ada masalah period)

Semua ni bukan berlaku sekelip mata tapi hasil ilmu, bimbingan, dan keberanian untuk terus bertahan walaupun pernah hampir jatuh.

Kalau anda rasa hidup sekarang terlalu penat, saya nak cakap satu perkara kepuasan sebenar bukan bila kita kerja kurang tapi bila kita tahu kerja keras kita bawa makna.

Dan kalau anda masih takut nak melangkah, ingat saya pun dulu seorang doktor yang tak tahu apa-apa tentang bisnes.
Tapi saya pilih untuk belajar, dan hari ini saya bukan sekadar rawat pesakit,
saya rawat bisnes saya sendiri untuk terus hidup dan berkembang.

“Saya dulu doktor dalam sistem. Sekarang, saya doktor yang cipta sistem sendiri.”

Itu perjuangan saya dan saya percaya, kalau saya boleh bangkit, anda pun boleh.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !