“Dulu Jualan RM4.8 Juta… Tapi Sebenarnya Saya Rugi.”
Nama saya Nor Hazwani binti Mohd Aizilan. Saya jalankan bisnes ikan segar. Ramai orang nampak angka jualan saya besar. Tapi mereka tak tahu, satu ketika dulu saya berniaga tanpa untung. Jual banyak, tapi duit tak nampak.
Sejujurnya, saya bukan datang dari keluarga senang. Seawal umur 8 tahun, saya dah mula berniaga. Saya jual sayur yang ibu tanam dari rumah ke rumah dan ke pasar.
Umur 9 tahun, saya tolak kereta sorong bawa telur ayam. Setiap hari lepas asar, saya jual di pasar. Harga masa itu, 5 biji RM1.00. Bukan sebab suka-suka, tapi sebab hidup memang mendesak.
Saya datang dari keluarga 8 beradik. Ibu saya bekerja sebagai tukang cuci pinggan dengan gaji sekitar RM10 hingga RM15 sehari. Sejak darjah 5 hingga STPM, saya tanggung sendiri keperluan sekolah. Dari situlah saya belajar satu perkara penting kalau nak hidup, kena usaha sendiri.
Saya mula serius dalam bisnes ikan segar sekitar tahun 2019. Bermula secara kecil-kecilan. Ambil stok sedikit demi sedikit dari supplier. Masuk tahun 2023, saya mula ambil stok terus dari jeti dan bot. Jualan meningkat dengan sangat tinggi.
Nampak seperti berjaya. Tetapi realitinya, setiap kali kira akaun, hasilnya negatif. Pembeli ramai. Barang habis. Tetapi bila kira keuntungan, tiada.

Saya hanya ulang satu kitaran jual, bayar supplier, habis.
Ada produk yang hanya memberi keuntungan sekitar RM1.00 sahaja. Akibatnya, kami terus berada dalam fasa kerugian.
Saya mula sedar satu perkara besar. Masalah saya bukan sebab kurang jualan. Masalah saya adalah tiada sistem.
Duit masuk tidak jelas.
Staf pegang bayaran sendiri.
Banyak kekurangan dalam rekod.
Saya tidak tahu mana untung dan mana rugi.
Saya berniaga, tetapi tidak nampak hasil sebenar. Selepas menyertai Mastermind di FunnelEvo, saya mula menyusun semula bisnes dengan sistem yang betul.
Saya mula menggunakan PO System. Saya buka kaunter pembayaran khusus. Setiap pembelian wajib dibuat di kaunter, bukan lagi dibayar terus kepada staf. Kesan perubahan ini sangat besar.
Jualan menjadi lebih jelas.
Kebocoran duit dapat dihentikan.
Kecurian dapat dielakkan.
Dan akhirnya saya dapat melihat keuntungan sebenar.
Walaupun saya tidak berada sepenuhnya dalam operasi harian,
bisnes tetap berjalan dengan lebih teratur.
Hasil yang saya capai alhamdulillah sales tahun 2025 meningkat sekali ganda daripada sales tahun 2024. Perbezaannya bukan sekadar pada angka jualan, tetapi kali ini saya benar-benar nampak keuntungan.
Hari ini saya telah membuka bisnes baru, sebuah kedai makan bernama Wani Ikan Bakar. Alhamdulillah, sambutan sangat baik.
Jangan bangga dengan jualan yang tinggi jika tidak tahu keuntungan sebenar. Hari ini, bisnes bukan sekadar menjual produk. Tanpa sistem dan ilmu, anda hanya akan bekerja keras tanpa hasil yang jelas.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
