Saya Pernah Jual Kereta Untuk Bayar Hutang, Hari Ini Saya Ada Klinik Sendiri

Saya, Dr. Diwi Kasma Yusof, pengasas Klinik Pergigian Dr Kasma. Setiap kali lihat pesakit keluar dengan senyuman, hati saya penuh rasa syukur. Tapi tak ramai tahu… satu ketika dahulu saya sendiri pernah hilang senyuman dalam hidup.

Sebelum jadi usahawan sepenuh masa, saya bekerja di sektor awam. Tapi jiwa berniaga memang dah lama membara. Saya mulakan dengan bisnes homestay di Segamat, kemudian buka kedai runcit produk Muslim di Melaka. Semuanya kerana minat dan mahu tambah pendapatan keluarga.

Namun, langit tak selalu cerah.

Tahun 2016, saya terpaksa menutup kedai runcit akibat tekanan kewangan. Saya jual kereta untuk langsaikan hutang perniagaan. Selama enam bulan, saya hanya bergantung pada satu kereta sahaja. Itu titik yang buat saya rasa sangat kecil, tapi dalam hati saya janji, satu hari nanti saya akan bangkit.

Masa PKP, saya kembali berniaga. Saya mula jual puding kek dan kimchi homemade dari dapur rumah, menggunakan WhatsApp dan Facebook untuk tarik pelanggan. Langkah kecil itu akhirnya bawa saya ke satu impian besar iaitu membuka klinik pergigian sendiri pada tahun 2018. Dari situ, saya bina bisnes ini sedikit demi sedikit.

Masuk tahun 2025, saya nekad untuk lebih serius. Saya sertai program Mastermind FunnelEvo. Saya sedar, keberanian dan kepakaran saja tak cukup. Saya perlukan ilmu digital, sistem yang mantap, dan hala tuju bisnes yang jelas.

Walaupun jualan masih konsisten sekitar RM50,000 sebulan, banyak benda berubah:

  • Saya berjaya kemaskan SOP dan sistem operasi.
  • Content marketing lebih tersusun dan konsisten.
  • Cashflow lebih stabil, tidak lagi terkapai-kapai.
  • Saya tambah panel baru seperti MEDKAD untuk kembangkan pasaran.
  • Saya ada fokus jangka panjang yang lebih jelas.

Saya selalu pesan, “Kalau anda serius nak kekal lama dalam bisnes, anda kena ada ilmu digital. Bukan sekadar buat, tapi buat dengan strategi. Bila sistem dah ada, bisnes jadi lebih mudah diurus dan kita tak rasa hilang arah.”

Kadang-kadang, masalah kita bukan sebab tak mampu mula balik. Tapi sebab terlalu lama hidup dalam survival mode. Saya tahu perasaan itu, sebab saya pernah lalui.

Hari ini, saya bangga kerana bukan saja dapat bina klinik sendiri, tapi dapat beri inspirasi kepada orang lain. Bila kita ada ilmu, ada strategi, dan ada sistem, barulah kita boleh senyum dengan tenang.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts