“Saya Pernah Hilang Staf, Hilang Sales, Hilang Kepercayaan… Tapi Saya Tak Hilang Semangat.”

Kalau saya imbas kembali perjalanan Tadika Intanku Genius & Intans Childcare Centre… saya masih terasa beratnya beban yang saya pikul sebelum saya sertai Mastermind. Ramai orang nampak saya sebagai “owner tadika”, tapi mereka tak nampak apa saya lalui di belakang tabir.

Sampai satu tahap, saya rasa penat, hilang arah…
Sales drop, staf makin kurang, operasi makin kacau.

Alhamdulillah masuk FunnelEvo… saya sedar satu perkara

“Tadika saya tidak gagal… tapi cara saya urus tadika yang perlu diperbaiki.”

Sejak saya join Mastermind, hidup saya sebagai pemilik tadika berubah sedikit demi sedikit.

Perubahan Bermula…

1. Marketing yang Konsisten & Ada Arah

Saya belajar buat video TikTok.
Saya belajar buat Threads masa APEX Business Summit.
Saya mula nampak marketing bukan sekadar buat konten… tapi bina “trust” parents.

Dulu saya post bila sempat.
Sekarang saya post dengan strategi.

2. Bila Sales Drop, Saya Tahu Apa Nak Buat

Dulu saya panik.
Sekarang saya ada checklist tindakan.

Rasa lega bila sales mula naik semula.

3. Staf Management Yang Jauh Lebih Sihat

Saya mula buat hiring yang betul.
Saya tapis… saya pilih staf berkualiti.
Saya pastikan semua proses kemas dan tidak lagi bergantung pada seorang staff sahaja.

Yang paling melegakan tiada lagi staf toksik yang menghancurkan suasana kerja.

Dan staf lama yang dulu berhenti kerana tekanan… kembali bekerja selepas situasi tadika stabil semula.

4. Kewangan Yang Jelas & Terkawal

Saya belajar banyak dari FunnelEvo.
Cara urus duit.
Cara kesan kebocoran.
Cara kawal aliran tunai.

Sekarang, setiap sen keluar masuk saya nampak.
Tiada lagi “duit hilang tanpa jejak”.

Hari Ini…

Saya lebih tenang.
Saya lebih yakin urus tadika saya sendiri.
Saya tahu hala tuju, tahu apa nak buat bila ada masalah,
dan saya nampak anak-anak kecil ini membesar dalam suasana yang lebih terurus dan bahagia.

Kadang-kadang saya tanya diri sendiri…
“Kalau saya tak buat perubahan dulu, apa akan jadi pada tadika saya hari ini?”

Saya bersyukur saya pilih untuk belajar, bukan menyerah.

Ini perjalanan saya.
Perlahan, tapi pasti.
Dan saya masih terus bergerak ke depan.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !