“Saya pernah hampir tutup kedai… tapi hari ini saya bangga dengan perjalanan ini.”

Nama saya Elia Aimi Sukri, pengasas kepada Hayat Optique. Sebelum berniaga, saya hanyalah seorang Sales Assistant. Setiap hari saya berdiri melayan pelanggan. Belajar memahami perangai manusia. Belajar apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka.

Pada waktu itu saya tak sedar pun… Semua pengalaman kecil itu sebenarnya sedang membina asas untuk perjalanan bisnes saya nanti.

Saya mula berniaga pada tahun 2021, ketika berumur 25 tahun. Bisnes pertama saya bukanlah sesuatu yang besar. Saya hanya menjual pampers secara online. Tetapi dari situ saya belajar tiga perkara yang sangat penting dalam bisnes.

Dalam perjalanan ini, ada satu fasa yang saya tak akan lupa sampai bila-bila. Jualan jatuh teruk. Setiap hari saya rasa keyakinan diri makin hilang. Emosi sangat terganggu. Ada satu masa… saya betul-betul terfikir untuk tutup kedai sahaja. Sebagai usahawan, saat seperti itu sangat menyakitkan.

Bukan sekadar tentang duit. Tetapi tentang rasa seperti gagal dengan diri sendiri.

Saya juga pernah menerima satu komen yang sangat pedih. Seorang pelanggan berkata:

“Kedai Melayu tak boleh pakai.”

Ayat itu sangat menyakitkan. Sejujurnya, ia buat saya sedih. Tetapi selepas itu saya buat satu keputusan. Saya tidak mahu menjadikan ayat itu sebagai alasan untuk berhenti. Sebaliknya saya jadikan ia sebagai api untuk buktikan sesuatu.

Saya mahu buktikan bahawa usahawan Melayu juga mampu membina bisnes dengan standard tinggi, servis profesional dan kualiti yang membanggakan.

Salah satu keputusan paling berani yang pernah saya buat ialah membuka kedai cermin mata sendiri. Pada waktu itu, keadaan bukanlah mudah. Modal yang saya ada sangat terhad, pelanggan pula belum tentu ada, dan masa depan bisnes ini juga masih kabur. Tiada siapa yang boleh menjamin sama ada langkah ini akan berjaya atau tidak.

Namun dalam hati saya hanya ada satu keyakinan. Jika saya tidak berani melangkah, saya akan terus berada di tempat yang sama. Saya tidak mahu hidup dengan rasa menyesal kerana tidak pernah mencuba. Jadi walaupun penuh dengan ketidakpastian, saya tetap memilih untuk mengambil risiko itu dan percaya bahawa setiap langkah berani pasti ada hikmahnya.

Selepas menyertai Mastermind FunnelEvo, banyak perkara dalam bisnes saya mula berubah. Perubahan itu bukan sekadar pada jualan, tetapi pada cara saya melihat dan mengurus bisnes itu sendiri.

1. Menyusun hala tuju bisnes dengan jelas.
2. Membina strategi pemasaran yang lebih tersusun.
3. Mengurus syarikat dengan sistem yang lebih kemas.
4. Membuat keputusan berdasarkan data dan strategi, bukan hanya ikut rasa.
5. Kini mempunyai 7 orang team.

Sebelum ini, bisnes Hayat Optique hanya diuruskan oleh kami berdua sahaja. Segalanya dilakukan sendiri tanpa sistem yang jelas. Bagi saya, perkembangan ini sangat bermakna. Ia tentang bagaimana bisnes ini mula dibina dengan lebih serius, lebih tersusun dan mempunyai asas yang kukuh untuk berkembang lebih jauh.

Pada tahun 2023, jualan kami berada pada sekitar RM200 ribu. Kemudian pada tahun 2024, angka itu meningkat kepada RM424 ribu. Menjelang tahun 2025 pula, sehingga bulan November sahaja, jualan sudah mencecah RM675,000. Apabila saya melihat kembali perjalanan tersebut, saya semakin sedar bahawa setiap kesusahan yang datang sebenarnya sedang membentuk kita menjadi lebih kuat dan lebih bersedia untuk melangkah lebih jauh.

Belajarlah ilmu digital. Dunia bisnes hari ini berubah sangat cepat. Kalau kita tidak belajar… Kita akan tertinggal jauh. Ilmu digital hari ini bukan lagi pilihan. Ia adalah keperluan untuk bisnes terus hidup dan berkembang.

Saya bermula sebagai seorang Sales Assistant biasa. Hari ini saya sedang membina sebuah jenama. Perjalanan ini masih panjang. Tetapi satu perkara yang saya pegang sampai hari ini ialah selagi kita tidak berhenti melangkah, perjalanan kita belum selesai.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !