“Saya Pernah Dikhianati Staf Sendiri Duit Hilang, Database Musnah, Tapi Dari Situlah Saya Bangkit Jadi Lebih Kuat.”- Puan Hidayah

Saya masih ingat waktu tu, tahun 2024. Tahun yang saya tak akan lupa seumur hidup.

Bisnes spa saya masa tu tengah tenat. Sales jatuh, semangat pun jatuh.
Lebih menyakitkan, bila orang yang saya percaya…staf sendiri sanggup curi duit syarikat, delete database pelanggan, dan sebarkan fitnah tentang saya.

Bayangkan… Data pelanggan bertahun-tahun hilang sekelip mata. Staf lain mula hilang kepercayaan. Saya pula sampai tahap fikir nak tutup spa terus.Sales masa tu cuma RM20,000 sebulan. Saya penat, kecewa, dan hilang arah.

Tapi dalam waktu paling gelap tu, saya sedar satu perkara kalau saya tak berubah, bisnes ni memang akan mati.

Saya nekad cari guru. Saya jumpa FunnelEvo Mastermind. Dan dari situ, hidup saya berubah 180 darjah.

Bila saya ikut bimbingan, saya mula nampak struktur sebenar bisnes.
Saya belajar urus staf dengan sistem, bukan emosi.

  1. Pengurusan Staf
    Saya belajar cara ambil staf yang betul, bukan asal terima resume. Dalam 3 bulan, saya rekrut 8 staf baru termasuk Manager, Admin & 6 Beautician.

Saya ubah budaya kerja. Semua staf dipanggil “Ms” atau “Madam” untuk bina rasa hormat dan profesional. Saya jadi lebih tenang dan tegas sebagai majikan.

  1. Prestasi Sales
    Dari sales harian RM200, kini naik ke RM7,000 ke RM15,000 sehari! Bulan Januari 2025, dari 3 haribulan sampai 31 haribulan. Alhamdulillah kami tutup bulan dengan RM98,000 sales!

Tahun ini, saya pecahkan rekod RM1.5 juta dalam masa 9 bulan.

Dan paling saya syukuri, saya berjaya beli rumah pertama sendiri.
Dulu saya risau bila tengok akaun kosong, sekarang alhamdulillah saya dah ada saving.

  1. Marketing & Branding
    Saya fokus pada marketing organik dan live TikTok. Saya sendiri turun padang, buat content, buat live, dan buktikan yang saya boleh bimbing team untuk follow.

Saya juga belajar teknik interview staf siap buat sesi praktikal masa temuduga. Sekarang saya bukan sekadar “founder spa”, saya dah jadi leader sebenar yang tahu memimpin.

Itu prinsip saya sekarang. Sebab bila ada ilmu, kita tak buat keputusan ikut emosi. Kita tahu nak tanya, nak rujuk, dan elak kesilapan besar.

Dulu saya pernah jatuh sebab percaya orang salah. Sekarang saya bangkit sebab percaya dengan ilmu yang betul.

“Jangan tunggu bisnes tenat baru nak cari guru. Kadang-kadang, jatuh tu bukan tanda kalah tapi tanda Allah nak bagi peluang kita belajar.”

Hari ini, saya tengok semula perjalanan ni dengan rasa syukur.
Dulu saya hampir tutup bisnes, tapi sekarang saya tahu HD Beauty bukan sekadar spa, tapi simbol kebangkitan seorang wanita.

Dan saya akan teruskan perjuangan ni. Kerana saya tahu, setiap kali kita bangkit, kita bukan saja selamatkan bisnes tapi juga selamatkan impian orang lain di bawah bimbingan kita.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !