Saya Mula Dengan Rasa Penat Urus Team, Tapi Hari Ini Saya Belajar Jadi Leader Yang Lebih Tenang

Saya Shadatulnadia, founder kepada Kertas Putih Printing. Sebelum saya sertai Mastermind di FunnelEvo APEX Consulting, saya akui pengurusan bisnes saya agak tidak tersusun. Banyak perkara saya buat sendiri.

Saya terlalu banyak bergantung kepada staf sedia ada, sampai satu tahap saya rasa penat dan hilang semangat. Bukan sebab bisnes tidak berjalan, tetapi sebab saya rasa team yang ada waktu itu tidak benar-benar sehaluan dengan nilai dan budaya kerja yang saya mahu bina. Dalam bisnes, bila team tidak sehaluan, kesannya bukan kecil.

Waktu itu, saya tahu saya perlu berubah.
Saya tidak boleh terus urus bisnes dengan cara lama.
Saya tidak boleh terus bergantung kepada tenaga semata-mata.
Saya perlu belajar bina sistem, susun struktur kerja dan memimpin team dengan lebih jelas.

Selepas saya mula belajar dan memperbaiki sistem melalui selepas menyertai Mastermind, banyak perkara mula berubah dalam bisnes saya. Saya mula susun semula struktur kerja dengan lebih teratur. Saya mula nampak bahagian mana yang perlu diperbaiki, tugasan mana yang perlu disusun, dan bagaimana setiap orang dalam team perlu ada peranan yang lebih jelas.

Dalam proses itu, saya kehilangan staf lama yang bersikap toksik. Pada awalnya, mungkin nampak seperti satu cabaran. Tapi bila saya fikir semula, saya nampak ia sebenarnya satu bentuk rezeki. Seolah-olah Allah kosongkan ruang untuk gantikan dengan orang yang lebih baik.

Bagi saya, ini bukan kebetulan. Ini rezeki yang datang pada waktu saya sedang belajar untuk membina semula bisnes dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, ada seorang staf lama saya yang sudah berpengalaman hampir membuat keputusan untuk berhenti. Sebelum dia benar-benar keluar, saya ambil satu langkah berani. Saya tawarkan dia kenaikan jawatan sebagai manager. Alhamdulillah, keputusan itu sangat berbaloi.

Hari ini, operasi di Kertas Putih Printing semakin tersusun. Walaupun team kami cuma 3 orang sahaja, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Salah satu momen yang membuatkan saya rasa sangat bersyukur ialah apabila saya dapat keluar bercuti ke China hampir seminggu, dan sepanjang saya tiada, team tetap dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Dalam aspek sales pula, order pelanggan semakin bertambah. Ramai pelanggan mula upsell daripada satu servis kepada beberapa servis lain. Dan bagi saya, konsistensi itu adalah tanda kemajuan sebenar, sebab saya tahu, bisnes yang kuat bukan hanya tentang naik mendadak. Bisnes yang kuat adalah bisnes yang bergerak dengan stabil, tersusun dan semakin baik dari hari ke hari.

Selain itu, saya juga mula memberanikan diri untuk tampil ke depan. Sekarang saya buat TikTok Live setiap hari. Saya juga konsisten buat video di TikTok setiap hari dengan menunjukkan diri sendiri, walaupun sebenarnya saya seorang yang agak malu dan tidak pernah biasa buat perkara ini sebelum ini. Hasil daripada konsisten buat live dan video, sudah mula ada leads masuk daripada sesi live. Follower TikTok juga meningkat daripada 8,000 kepada lebih 9,000. Bagi saya, ini satu perkembangan yang sangat bermakna.

Perlahan-lahan, saya mula nampak arah sebenar bisnes ini. Dulu saya urus bisnes dengan tenaga semata-mata. Sekarang saya mula urus dengan sistem, strategi dan semangat baru. saya bukan sahaja belajar tentang strategi, sistem dan struktur bisnes. Saya juga belajar menjadi pemimpin yang lebih tenang, lebih berani dan lebih tersusun. Inilah fasa baru saya bersama Kertas Putih Printing.

Fasa untuk tidak lagi mengurus bisnes dengan rasa penat semata-mata. Tetapi membina bisnes dengan sistem, team dan keyakinan yang lebih kuat.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!