Alhamdulillah… bila saya tengok lori 3 tan dengan logo Sahabat Global Sdn. Bhd. bergerak keluar dari kilang pagi tadi, saya hampir menitiskan air mata.
Bukan sebab lori tu baru. Tapi sebab saya tahu perjalanan untuk sampai ke tahap ni bukan mudah.
Ia bermula pada tahun 2014, hasil titik peluh ayah saya sendiri di bawah nama Perusahaan Sahabat. Masa tu saya masih belajar. Tak pernah terfikir pun saya akan jadi penerus legasi ni.
Tapi bila masa berlalu, saya nampak sendiri bagaimana ayah makin penat uruskan semuanya. Dan dalam hati saya terdetik “Kalau saya tak sambung perjuangan ni, siapa lagi?”
Jadi pada tahun 2020, saya mula ambil alih perlahan-lahan. Dengan semangat… tapi tanpa arah. Saya fikir cukup kalau saya rajin, bisnes akan terus berkembang. Tapi rupanya tak semudah itu.
Sebelum saya sertai FunnelEvo, bisnes saya kelam kabut. Staf keluar masuk macam masuk pasar. Saya tak tahu macam mana nak urus team, nak kira margin pun keliru. Masa tu saya betul-betul rasa hilang arah.
Sampai satu hari, saya terjumpa program FunnelEvo. Saya nekad “Kalau nak ubah nasib bisnes, saya kena ubah diri dulu.”
Tahun 2022, saya mula dibimbing oleh FunnelEvo. Dan dari situlah hidup dan bisnes saya berubah.
Saya belajar struktur bisnes. Saya belajar kenal angka. Saya belajar bahawa bisnes takkan grow kalau founder tak bersedia untuk berubah.
- Alhamdulillah, tahun 2023, saya berjaya naik taraf daripada enterprise ke Sdn. Bhd., dan lahirlah jenama baru Sahabat Global Sdn. Bhd. (SGSB).
- Saya dapat geran TEKUN RM100,000 untuk beli mesin operasi baru.
- Kilang saya berkembang daripada 2 lot ke 4 lot operasi.
- Pengeluaran meningkat daripada 2.5 tan ke 4 tan sehari pada bulan Ramadan.
- Paling membanggakan, saya kini dah ada lori 3 tan sendiri untuk operasi penghantaran.
Bila saya pandang balik perjalanan ni, saya sedar kejayaan bukan datang sebab kita pandai, tapi sebab kita berani belajar dan tak berhenti cuba.
Saya bersyukur sebab Allah izinkan saya jumpa mentor dan komuniti di FunnelEvo.Tanpa bimbingan ni, mungkin saya masih lagi terkapai-kapai uruskan bisnes keluarga tanpa haluan.
Sekarang dah masuk tahun ke-3 saya dalam program PRESIDENT FunnelEvo. Dan saya tahu… perjalanan ni baru bermula. Kerana saya tak lagi sekadar teruskan legasi, saya sedang bina masa depan.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
