“Saya Gadai Barang Kemas, Buka Kedai Hari Pertama PKP Tapi Saya Tak Menyesal!”
Nama saya Nurmunirah Abdul Rahman. Dahulu, saya hanyalah seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta di Kuantan. Waktu malam, saya mengajar tuisyen semata-mata untuk cukupkan belanja. Tapi jauh dalam hati, saya ada satu impian nak bina sesuatu dengan air tangan sendiri.
Seawal usia 18 tahun, saya dah mula jual makanan mak ayah di sekolah. Cuma bila umur masuk 30 tahun, saya benar-benar serius nak bina jenama sendiri. Maka lahirlah Nasi Kerabu Tumis Munie.

Saya masih ingat saat mak pergi secara tiba-tiba. Saya tak sempat beri apa-apa. Sejak hari tu saya tekad, saya tak nak ulang kesilapan sama pada arwah abah. Dari situ, saya nekad tinggalkan kerjaya guru.
Lebih luar biasa, suami saya sanggup berhenti kerja tetap selepas 15 tahun, hanya untuk jadi tulang belakang dalam bisnes. Bagi kami, ini bukan sekadar kisah duit. Ini kisah cinta, masa dan pengorbanan.
Tapi jalan ini bukan mudah. Tiga tahun pertama, saya terpaksa rebrand gara-gara ditiru orang lain. Dari nama asal Nasi Kerabu Sedak Dooh, saya bermula semula dengan jenama baharu. Semua modal RM40,000 hangus. Barang kemas pula tergadai, hanya semata-mata nak buka kedai fizikal pertama. Malangnya, hari pertama buka… jatuh pada PKP 2.0.
Waktu itu, saya dan suami sendiri turun COD hantar nasi kerabu dari rumah ke rumah. Kami berdua saja.
Hari ini, tahun 2025, hidup saya berubah 180 darjah. Saya daftar sebagai peserta Mastermind FunnelEvo dan dari situ, arah bisnes semakin jelas.
- Daripada hanya survive, kini saya bergerak lebih strategik.
- Sales harian cecah lebih kurang RM10,000 sesuatu yang dulu mustahil.
- Jualan weekdays naik 25%, tak perlu tunggu hujung minggu baru laku.
- Staf lebih cekap, pandai upsell, saling bantu.
- Sistem pengurusan lebih kemas, tak lagi kelam kabut.
Saya belajar bahawa ilmu digital bukan pilihan, tapi keperluan. Siapa tak ikut arus, akan hanyut. Siapa belajar, akan naik lebih cepat dan jimat masa.
Hari ini, saya bukan sekadar jual nasi kerabu.
Saya sedang bina legasi yang lahir daripada air mata, pengorbanan, dan keyakinan. Kalau saya mampu bangkit dari detik paling sukar, anda pun boleh.
Soalnya, anda berani atau tidak?
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!