Saya Bukan Sesiapa, Tapi Saya Pilih Untuk Berubah – Inilah Titik Mula Hidup Baru Saya
Pernahkah anda rasa hidup ini terlalu menghimpit, sampai satu hari anda terduduk dan bertanya pada diri sendiri,
“Sampai bila saya nak hidup macam ni?”
Itulah soalan yang saya pernah tanya pada diri sendiri suatu ketika dahulu.
Nama saya Saidatul Rohayu. Dulu, saya hanyalah seorang kerani di sebuah kilang simen. Setiap hari saya perlu ulang-alik jauh dari rumah, menghadap jalan yang panjang, dan bila sampai tempat kerja… tekanan demi tekanan daripada majikan membuatkan hati saya makin lama makin sesak.
Sampai satu hari, saya nekad. Saya berhenti.
Pada tahun 2010, ketika saya berusia 26 tahun, saya ambil keputusan untuk bersama suami membuka kedai kecil menjual makanan haiwan. Lokasinya cuma di atas tanah pusaka keluarga. Kedai itu panas, kecil, dan pelanggan pun tidak ramai.
Sales? Nak cecah RM30,000 setahun pun susah.
Modal kami sangat sedikit.
Staf tiada, kelengkapan pun terhad.
Banyak kerja saya terpaksa serahkan pada orang luar kerana tak mampu nak urus sendiri. Tapi jauh di sudut hati, saya percaya satu perkara:
“Kalau saya tidak give up hari ini, mungkin esok hidup saya akan berubah.”
Selama bertahun-tahun berniaga, saya boleh katakan saya memang buta IT. Handphone yang saya guna pun masih yang lama. Media sosial? Saya tak tahu langsung cara nak gunakan untuk bisnes.
Tapi saya sedar… zaman sudah berubah. Kalau saya tak belajar, saya akan terus ketinggalan.
Lalu, pada Ogos 2024, saya buat keputusan besar:
saya join Mastermind di FunnelEvo.
Dan di situlah bermulanya titik perubahan dalam hidup saya.
Apa Yang Saya Capai Selepas FunnelEvo
- Saya mula berani gunakan media sosial, malah saya sendiri menulis copywriting dengan bantuan ChatGPT.
- Saya renovate kedai supaya lebih selesa untuk pelanggan dan staf.
- Saya tambah staf, ada team sales, marketer, dan sekarang dalam perancangan nak tambah lagi.
- Saya dah mula keluar dari operasi, kini fokus memimpin dan memantau bisnes.
- Komunikasi dalam team makin harmoni, operasi dan management bergerak seiring.
- Sales meningkat 2 kali ganda. Dari RM465,000 pada tahun 2024, kini konsisten 6 angka setiap bulan.
- Saya berjaya membeli kereta idaman yang lebih besar untuk keselesaan keluarga.
Saya bukan datang dari keluarga senang. Saya bukan bermula dengan modal besar.
Saya bukan juga orang yang memang mahir dalam bisnes sejak awal.
Saya bermula dari bawah dengan tangan kosong, dengan ilmu sifar, dengan penuh ujian.
Tapi saya belajar… bila kita berani mencuba, bila kita cekal untuk terus belajar, dan bila kita percaya diri kita juga layak berjaya – hidup akan berubah.
Hari ini, saya buktikan satu perkara penting:
“Kalau kita tak mampu ubah dunia, ubahlah diri kita dahulu. Bila kita berubah, dunia akan ikut berubah.”
Saya bukan sesiapa.
Tapi saya pilih untuk berubah.
Dan perubahan itulah yang membawa saya ke sini hari ini, seorang founder, seorang pemimpin, seorang wanita yang dulu pernah hampir putus asa… tetapi kini mampu berdiri dengan bisnes sendiri.
Saya harap kisah saya ini boleh menjadi inspirasi buat anda yang sedang berjuang. Jangan pernah rasa anda sendirian. Perjalanan anda belum tamat.
Mungkin kejayaan anda sedang menunggu, hanya tinggal satu langkah berani yang anda belum ambil.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!