Engine kapal terbang kiri dan kanan perlu align! Begitu juga dalam bisnes department Marketing + Sales perlu ada alignment.
Yang ini sangat bahaya, apabila syarikat semakin besar dua departemen ini akan ada banyak konflik. Jika dua department penting ini ada tidak align akan kurang efficiently.
Apa perkara yang perlu digabungkan dengan department ini? Ia adalah data!
Data mestilah dikongsikan terutama jika ada variasi produk. Contohnya, produk A, produk B, produk C dan Team sales A hanya akan jual produk A, team sale B akan jual produk B dan begitulah seterusnya.
Seperti yang saya kongsikan dalam Buku Kenapa Bisnes Tak Grow? Konsep Kapal Terbang.
Berniaga seperti sebuah kapal terbang. Badan kapal terbang sebagai overhead makin ramai orang masuk semakin berat overhead. Sayap kapal terbang berfungsi untuk pastikan kapal terbang boleh terbang. Sayap kapal terbang pula analoginya adalah produk dan servis. Adakah dengan adanya badan dan sayap, kapal terbang dah boleh terbang?
Engine kapal terbang adalah marketing dan sales dan bahagian ekornya pula ada minyak yang kita gantikan dalam bisnes sebagai cashflow.
Sekarang kapal terbang ini telah bersedia dan boleh terbang. Soalnya apabila telah terbang, bagaimana kapal terbang ini boleh maintain terbang sampai ke destinasi dengan selamat? Untuk pastikan kapal terbang sampai ke destinasi adalah dengan menyedia minyak yang cukup.
Kapal terbang tak boleh berfungsi apabila tiada hala tuju. Hala tuju adalah target sales.
Belajar sesuatu daripada perkongsian konsep kapal terbang ini?