Sambutan Nuzul Quran mengajak kita untuk merenung dan menghayati setiap kata, setiap ayat, setiap kisah yang terkandung di dalamnya. Ia mengingatkan kita untuk tidak sekadar membaca, tetapi juga memahami, menghayati, dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran.
Salam Nuzul Al-Quran, mari kita banyakkan membaca Al Quran dan istiqamah mengamalkan ajarannya. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama dalam kehidupan.
Nuzul Quran adalah peristiwa mengingati di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Peristiwa bermakna tersebut berlaku di gua Hira pada 17 Ramadan.
Sempena hari Nuzul Quran ini, marilah kita merenungkan betapa besar kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dengan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup. Semoga kita menjadi hambaNya yang taat dan bertakwa.
Di dunia ini, tiada satu pun kitab yang membolehkan manusia berinteraksi lalu mendapat barakah kecuali al-Quran.
Mari kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran dan memahami pengertian dalam setiap baris ayat yang menjadi panduan dalam meniti kehidupan.