Silap ambil staf, silap letak gaji, bisnes boleh hancur! Bukan saja staf tak perform, tapi duit syarikat pun terbakar hari-hari tanpa hasil.
Bila salah ambil staf, bisnes bukan naik jatuh lagi ada! Bayar gaji tiap bulan macam bayar zakat, tapi hasil langsung tak berkat.Lagi satu penyakit salah letak gaji. Pekerja yang baru belajar jalan dah diberi gaji macam maraton champion. Hasil? Tak capai target, tapi poket majikan koyak dulu.
Dan yang paling pedih staf yang tak perform, tetap jadi beban dalam syarikat. Mereka bukan sekadar tak buat kerja, malah jadi virus dalam team. Majikan tersepit, bisnes tercekik, hati tersakiti.
Punca utama biasanya datang daripada beberapa kesilapan asas pengurusan staf & struktur syarikat. Antara yang paling kritikal:
- Ambil staf sebab “kesian” atau terdesak bukan kerana betul-betul sesuai dengan kerja.
- Tiada sistem hiring yang jelas tak ada proses saringan, hanya bergantung pada CV atau rasa “ok nampak boleh”.
- Gaji letak ikut suka, bukan ikut value & market rate ada yang overpay untuk kerja mudah, ada yang underpay staf bagus.
- Tak jelas KPI & expectation staf sendiri pun tak tahu apa standard yang diharapkan.
- Owner terlalu bergantung pada staf tanpa training & monitoring lepas tangan, akhirnya staf buat kerja ikut suka.
Majikan, sampai bila nak ulang kesilapan yang sama? Kalau hiring masih ikut rasa, bukan ikut data, sampai bila-bila pun bisnes anda jadi kubur duit gaji.
Bayangkan… setiap bulan duit gaji keluar berpuluh ribu, tapi staf tak perform. Kerja tak siap, sales tak naik, malah team lain pun jatuh semangat. Silap ambil staf bukan sekadar rugi duit tapi boleh runtuhkan bisnes yang anda bina bertahun-tahun.
Kalau staf dah silap ambil, silap letak gaji, dan tak perform majikan kena bertindak cepat. Antara langkah penting:
- Audit staf & struktur kerja sekarang
Tengok semula setiap staf: Apa kerja sebenar mereka, adakah selari dengan gaji & tanggungjawab. - Betulkan sistem hiring
Buat proses temuduga lebih ketat, ada ujian/assignment kecil, dan pastikan ambil staf berdasarkan skill & attitude, bukan kasihan. - Tetapkan KPI yang jelas
Bagi target yang measurable, supaya senang ukur siapa perform, siapa tidak. - Strukturkan gaji ikut value & pasaran
Jangan underpay staf bagus, jangan overpay kerja asas. Gaji mesti selari dengan hasil kerja. - Buat sistem probation & training
3–6 bulan pertama mesti ada training, mentoring, dan penilaian. Kalau tak sesuai, jangan drag terlalu lama.
Kami di FunnelEvo ada solusi dia mudah Sofware Ai Hiring = Telen AI. AI tapis, anda pilih. Jimat masa, jimat duit, dan pastinya tak lagi jadi founder bisnes yang tersakiti.
Tebus Telen Ai – Smart Hiring System secara percuma! Terhad kepada 10,000 syarikat yang terawal sahaja. Jangan lepaskan peluang! Layari telen.ai
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!