Nama saya Mohd Faizul, berasal dari Sarawak. Sebelum saya jadi usahawan, saya cuma seorang anggota beruniform yang berkhidmat selama 13 tahun di Johor.
Orang nampak anggota ni tegas, stabil, kerja tetap. Tapi hakikatnya… saya hidup penuh kekangan.
Cuti pun susah. Komitmen tinggi. Dan setiap hari ada rasa ingin bebas rasa nak cari hidup yang saya betul-betul pilih, bukan hidup yang hanya ikut jadual dan tatatertib.
Sejak umur 33 tahun, saya mula berniaga emas secara sambilan.
Dari rumah. Perlahan-lahan. Belajar sendiri. Tapi perjalanan saya tak pernah indah.
Saya pernah kena scam. Ada pelanggan minta duit dulu, janji nak jual emas… tapi lepas saya transfer duit, orangnya hilang.
Pernah juga ditipu barang palsu. Pernah bagi duit cash untuk tebus barang di pajak gadai, tapi bila barang sampai… ia bukan barang yang sama.
Dan paling perit…
Saya pernah buat keputusan paling berani dan paling mahal dalam hidup saya.
Saya buat loan bank untuk buka kedai emas. Ambil stok ratusan ribu secara hutang yang wajib dibayar dalam sebulan. Tapi stok tak habis. Duit tak cukup. Akhirnya saya terpaksa gadai balik barang-barang emas tersebut untuk bayar hutang.
kerugian saya? RM200,000 ke RM300,000. Hilang. Lesap.
Terduduk saya dibuatnya.
Tapi saya tak berhenti.
Tapi bisnes emas ni… risiko dia bukan kecil.
Duit banyak keluar masuk. Kecurian, kehilangan, kecuaian semua boleh jadi. Sebab tu saya tak percaya sesiapa.
Saya buat semuanya sendiri.
Ambil stok sendiri.
Jumpa supplier sendiri.
Jaga kedai sendiri.
Sampai saya burnout.
Sampai saya drive satu hari suntuk… tanpa makan dan minum,
sebab saya perlu jumpa client, perlu siapkan order, perlu settlekan semua benda.
Waktu itu saya sedar.. kalau saya terus buat semua sendiri,
saya akan rosakkan bisnes saya, dan rosakkan diri saya.
Di situlah titik perubahan saya bermula.
Saya pilih untuk belajar dengan FunnelEvo. Dan di situlah saya belajar perkara paling besar dalam hidup saya sebagai usahawan
“Kalau nak grow, jangan buat sendiri.”
- Saya mula hire staf satu demi satu.
- Staf akaun supaya duit saya jelas.
- saya ada 5 runner bermotor untuk jumpa pelanggan bila-bila masa tanpa saya perlu turun.
- Saya ada seorang editor supaya konten saya daily dan konsisten.
Dan perubahan dia…
Allahuakbar.
Saya mula keluar 70% dari operasi.
Saya mula ada masa untuk rehat.
Saya mula ada masa untuk hidup.
Sales pula… naik dengan jelas.
Masuk FunnelEvo pada Ogos 2025, saya terus lihat perubahan ketara pada bulan September mencatat RM2.8 juta dengan profit RM52,136 bukti jelas bahawa bila syarikat diurus dengan betul.
Hari ini…
Saya dah tak kejar bisnes.
Bisnes mula bekerja untuk saya.
Hari ini saya boleh cakap satu benda dengan yakin
“Jangan kedekut ilmu. Jangan kedekut belajar. Jangan buat bisnes seorang diri.”
Sebab saya sendiri hampir musnah…
sebelum akhirnya saya mula belajar cara yang betul.
Dan hari ini, saya lebih tenang, lebih tersusun, dan lebih bersedia untuk bawa Rezeki Saudagar Emas lebih jauh.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
