RM70 Sehari dengan Jadi Maskot Katak!

Setiap petang, dia akan berubah menjadi ‘Froggy’, maskot katak yang menceriakan hati ramai orang. Namun, di sebalik senyumannya, tersembunyi cerita yang buatkan hati saya tersentuh.

Namanya Daniel, murid darjah 6. Asalnya dari Kedah, tapi sekarang dia bersekolah di Sekolah Rendah Rusila, Terengganu. Daniel tinggal dengan mak sedara sejak darjah 3 lagi.

Setiap petang, dari jam 5 hingga 7, Daniel bekerja sebagai maskot katak di taman tersebut. Dengan kostum katak yang comel, dia berjaya menceriakan hati ramai orang dan boleh dapat RM70 setiap petang. Ada yang datang bergambar untuk kenang-kenangan.

Bila saya tanya macam mana dia dapat duit tu, memang berniaga ke?

Dia jawab dengan senyuman, “Orang bagi ikhlas hati.”

Tapi bukan setiap hari RM70..ada masa 30, ada masa 40..tengok cuaca dan musim cuti juga.

Saya tanya lagi “Tak malu ke berniaga? Ramai orang malu nak berniaga”

Daniel jawab, “Saya nak tolong mak. Nak tolong ayah. Ayah pernah eksiden teruk dan tak boleh kerja berat dan sekarang ni pun saya duduk dekat rumah mak sedara. Ada tempat tinggal pun saya dah syukur”

Daniel ni memang bijak, walaupun kecil lagi, dah pandai cari duit sendiri. Saya puji dia, “Kecil-kecil dah bijak. Dah boleh buat duit sendiri.” Hari ini mungkin hanya sekitar RM70, Saya doakan semoga suatu hari nanti Daniel boleh buat RM70 ribu hingga RM100 ribu dengan kebijaksanaan dan kecekalan dia.

Bila saya tanya apa cita-cita dia, mata Daniel bersinar-sinar. Dia cerita yang mak dia bekas komando, dan dia nak jadi askar macam mak dia. Adik ni memang berani dan semangat.

Daniel ni juga tahu erti syukur. “Duduk dengan orang, kena pandai bersyukur,” katanya, mengingatkan saya tentang kisah hidup saya. Ayah saya juga pergi waktu usia yang sangat muda. Walaupun ada banyak cabaran dan perubahan dalam hidup dia, Daniel tetap kuat dan semangat.

Dengan doa dan harapan, saya yakin Daniel akan capai impian dia. Dalam setiap langkahnya, ada kekuatan seorang anak kecil dengan semangat “Lawan tetap lawan!”

Ameen Ya Rabb!

Nak belajar lebih banyak ilmu grow bisnes? Khas untuk pendiri bisnes! Himpunan Usahawan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju 31 Julai & 1 Ogos 2024 di SACC Shah Alam. Dapatkan tawaran tiket serendah RM29 di AmazingFounder.com atau hubungi team FunnelEvo, Captain Azlan disini —> https://www.wasap.my/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!