RAYA DAN WAKTU-WAKTU SUKAR.

Rupanya ramai yang tak dapat balik kampung sebab masalah kewangan.

Saya baru lepas baca komen-komen mereka yang tak balik raya pada tahun ini. Patutlah jalan tak jem seperti tahun-tahun sebelum ini. Ramai yang berkata hal yang sama. Memang tak sama perjalanan raya macam dulu-dulu yang jem sangat teruk kerana ramai yang mahu pulang ke kampung.

Sedih dah sayu kerana saya faham apa yang mereka rasa.

Jika anda tidak pernah sampai rock bottom (titik terbawah) dalam hidup sukar anda bayangkan susahnya bagaimana.

Sudahlah dilanda tekanan tiada duit untuk kelangsungan hidup dan sedang pening nak cari pendapatan, bercampur dengan tekanan rasa bersalah gagal membeli keperluan raya anak bini/atau anak-anak (jika parent tunggal) ditambah pula tekanan dari pelbagai video raya yang menjual sentimen kesedihan ibu dan bapa yang sayu anak tidak pulang, jika pendek akal dan gagal kawal, ini boleh menyebabkan kemurungan yang melampau.

Bukan senang balik raya tanpa bajet. Mulut orang sentiasa ada yang berkata seperti:

“Takpa. Balik je, janji dapat jumpa”

“Dah tak ingat saudara ke”

“Kereta sendiri tak elok, sewa dulu kereta lain”

Sampai di kampung takkan diam sahaja tanpa menghulurkan duit untuk rewang masak raya. Bukan semua adik beradik yang faham.

Jadi akhirnya ramai yang memilih untuk tidak pulang ke kampung.

Kepada ibu bapa yang anak-anak di bandar tidak mampu balik tahun ini, doakan sahaja anakmu. Terutama ibu bapa di luar bandar yang makan pakai cukup dan berlebihan kerana duduk di rumah sendiri dan kos hidup yang rendah.

Doakan kerana ini masa-masa sukar. Ramai orang hilang pekerjaan, banyak perniagaan tutup, ramai peniaga online terpaksa cari kerja lain.

Doakan dan jangan tanya kenapa orang tak balik kampung, setiap orang ada sebabnya yang tersendiri.

Salam Aidilfitri kepada semua.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!