Dalam dunia bisnes hari ini, ramai founder terlalu sibuk “survive” sampai terlupa untuk berhenti seketika dan semak semula arah syarikat mereka.
Sebab itu apabila program RAISE YOUR BUSINESS STANDARD 2026 berlangsung, ramai founder hadir bukan sekadar untuk belajar… tetapi untuk mencari semula hala tuju, clarity dan momentum yang semakin hilang dalam tekanan operasi harian.




Ada yang datang separuh hari.
Ada yang hadir sehari penuh.
Malah ramai sanggup duduk selama 2 hari penuh dan minta program ditambah lagi.
Semua hadir dengan satu misi besar:
Keluar daripada rutin operasi harian dan mula membina bisnes yang lebih tersusun, scalable dan tahan lama untuk grow ke next level dalam menghadapi musim krisis yang semakin mencabar.
Program Yang Bukan Sekadar “Kelas Bisnes”
Sepanjang 2 hari program berlangsung, pelbagai emosi dapat dilihat daripada para peserta.
Ada founder yang mengalirkan air mata apabila sedar terlalu lama memikul tekanan seorang diri.
Ada yang mendapat idea baru yang tak pernah terfikir sebelum ini.
Dan ada juga yang akhirnya jumpa semula semangat berniaga yang sudah lama hilang akibat terlalu penat mengurus operasi setiap hari.
Hakikatnya, ramai founder sebenarnya bukan tidak pandai berniaga.
Tetapi terlalu lama terperangkap dalam “loop” yang sama
- Fokus semakin hilang
- Kreativiti makin tumpul
- Hala tuju bisnes semakin kabur
- Sampai ada yang mula takut untuk grow lebih besar
Inilah realiti ramai usahawan hari ini.
Bisnes berjalan, tetapi founder semakin hilang arah.
Kenapa Program Ini Diwujudkan?
RAISE YOUR BUSINESS STANDARD 2026 diwujudkan bukan sekadar untuk mengajar teori.
Tetapi untuk membantu founder
- Realign semula fokus bisnes
- Reset cara fikir sebagai pemimpin
- Shift cara mengurus syarikat dalam era ekonomi yang semakin mencabar
Dalam musim krisis, founder yang lambat berubah akan mula ditekan oleh perubahan pasaran.
Tetapi founder yang cepat adapt akan terus bertahan dan berkembang.



Apa Yang Peserta Bawa Pulang?
Sepanjang program ini, peserta dibimbing secara terus oleh mentor-mentor berpengalaman FunnelEvo yang telah membantu ribuan usahawan membina bisnes yang lebih sistematik dan mencapai jualan jutaan ringgit.
Antara perkara utama yang dipelajari:
1. Perspektif Baru Sebagai Founder Dan Pemimpin
Ramai founder terlalu sibuk bekerja dalam bisnes sampai lupa untuk melihat bisnes secara strategik.
Peserta dibantu untuk melihat semula peranan sebenar seorang founder sebagai pemimpin dan pembina sistem.
2. Sistem Operasi Dan Team Yang Tidak Bergantung 100% Kepada Founder
Antara bottleneck terbesar dalam syarikat ialah apabila semua perkara perlu menunggu founder.
Program ini membantu founder membina struktur operasi dan team yang lebih tersusun supaya syarikat boleh bergerak dengan lebih stabil.
3. Blueprint Marketing Dan Jualan Yang Lebih Sistematik
Ramai founder melakukan marketing tanpa sistem yang jelas.
Peserta didedahkan dengan blueprint marketing dan sales yang lebih tersusun serta terbukti berkesan untuk membantu syarikat grow dengan lebih konsisten.
4. Sistem Database Yang Mempercepatkan Jualan
Ramai bisnes kehilangan sales kerana tidak mengurus database dengan betul.
Dalam program ini, peserta belajar bagaimana database boleh digunakan untuk meningkatkan closing dan menghasilkan jualan setiap hari secara lebih konsisten.
5. Formula Maksimumkan Jualan TikTok Dengan Strategi Terkini
TikTok bukan lagi sekadar platform hiburan.
Ia sudah menjadi platform jualan yang sangat besar.
Peserta mempelajari strategi semasa yang relevan dengan pasaran terkini untuk membantu meningkatkan visibility dan sales menggunakan TikTok secara lebih efektif.
6. Cara Kenal Pasti Bottleneck Dalam Bisnes
Kadang-kadang sales tidak grow bukan sebab produk tidak bagus.
Tetapi kerana ada bottleneck yang menghalang growth.
Peserta belajar bagaimana mengawal kos, mengenal pasti masalah sebenar dalam operasi dan merancang growth dengan lebih strategik.



Founder Yang Berani Berubah Akan Terus Grow
Tahniah kepada semua peserta yang berani keluar dari zon selesa dan melabur masa untuk upgrade diri serta bisnes.
Dalam keadaan ekonomi dunia hari ini, bisnes tidak boleh lagi diurus dengan cara lama.
Founder perlu lebih cepat belajar, lebih cepat adapt dan lebih strategik dalam membuat keputusan.
Kerana hari ini, bukan bisnes paling besar yang menang.
Tetapi bisnes yang paling cepat berubah dan paling tersusun untuk bertahan dalam musim krisis.
Founder, adakah bisnes anda benar-benar bersedia untuk grow ke next level?
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
