5 Strategi Jadi Majikan Yang Di Sayangi!

Perlu ke staf sayang majikan? Kalau nak jadi majikan yang disayangi adalah majikan yang buat kerja lebih, kene fikir lebih. dan akan pening lebih!

So macam mana nak jadi majikan yang disayangi dan dihormati staf dengan cara yang betul? Hari ini kami akan kongsikan 5 strategi jadi majikan yang disayangi.

Ada orang cukup lah kita jadi majikan yang bertanggungjawab tak perlu pun disayangi tetapi jika kita menjalankan tanggunjawab dengan baik secara langsung akan di sayangi. Betul tak?

1. Jelas Apa Tugas Anda Sebagai Majikan.

Semua orang nak jadi majikan, tahu sebut sahaja “Nak jadi Boss” tapi tak tahu apa tugasnya. Di topik ini saya akan kongsikan beberapa tugas untuk jadi majikan yang disayangi.

Selain dari menguruskan team dalam syarikat, anda juga perlu tahu tugas-tugas pendiri bisnes yang lain. Antaranya adalah :

  • Set misi & visi syarikat.
  • Bawa duit masuk ke dalam syarikat.
  • Bawa orang yang bagus ke dalam syarikat.
  • Pastikan pasukan anda boleh bekerjasama.

Ini antara tugas utama Mr. Ceo Urus Orang ketika mengambil alih bahagian pengurusan tertinggi FunnelEvo di awal penglibatan beliau dengan FunnelEvo. Tuan Fahdi Ghazali memberikan tugasan penting kepada beliau ketika itu bagi membangunkan dan mengasah setiap bakat team dalam FunnelEvo.

2. Bina ‘Dream Team’

Ramai usahawan yang tersilap langkah dalam membina team dream mereka. Kadang-kadang anda sebagai majikan tidak semua perkara anda yang patut dipersalahkan kerana sebagai seorang majikan sampai satu masa anda terpaksa membuat keputusan yang sukar namun ia terpaksa di buat untuk kepentingan perniagaan anda.

Apa strategi untuk membina team dream?

  • Mengiklankan kekosongan kerja di tempat yang betul.
  • Pastikan anda filter resume dengan betul sebelum mengadakan sesi interview.
  • Jangan lupa buat sedikit background check sebelum anda mengambil mereka bekerja dengan anda dengan melihat pada sosial media dan hubungi majikan beliau sebelum ini.

Ingat pesanan saya, jangan ambil staf sebab terpaksa, pastikan mereka mempunyai skill dan attitude yang bagus.

3. Tahu Bagaimana Nak Memimpin Team.

Pernah dengar “Boss ni hanya tahu mengarah sahaja tapi buat kerja apa pun tak tahu”. Mungkin anda sebagai majikan anda juga di label seperti ini oleh staf anda. Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan staf berkata seperti demikian?

  • Pastikan staf anda tahu apa KPI mereka.
  • Tunjukan hala tuju syarikat kepada mereka, dan ajak mereka sama-sama berfikir bagaimana cara untuk syarikat nak capai apa yang dicapai.
  • Pastikan anda tahu bagaimana cara untuk mempengaruhi mereka.

Ingat! Nak jadi pemimpin ini perlu 100 kali mendengar dari bercakap. Biasanya kita suka bercakap sebab kita sebagai majikan ada ego dan rasa diri ‘lebih tahu’. Namun cara ini bukanlah cara terbaik untuk menjadi pemimpin.

4. Jalankan Tanggungjawab Dengan Adil!

Jangan ingat anda majikan anda boleh buat sesuka hati tau! Sebab Malaysia ini ada akta-akta melindungi pekerja. Jika anda nak disayangi oleh staf anda, anda tidak perlu pun belanja mereka makan setiap hari atau try to hard untuk disayangi. Cukup sekadar anda menjalankan tanggunjawab anda seperti yang di nyatakan di dalam kontrak kerja seperti

  • Bayar gaji staf tepat pada waktunya.
  • Caruman KWSP dan SOCSO seperti yang dinyatakan di dalam kontrak.
  • Ambil tindakan yang adil kepada staf yang melakukan kesilapan dan berikan ganjaran kepada staf yang perfom.

Ingat ya, jika anda sebagai majikan nak staf kekal lama, hormat dan sayang anda jalankan tanggunjawab anda dengan adil! Jangan mudah terpengaruh dengan staf yang kaki ‘bodek’.

5. Reward Staf Cara Yang Betul.

Saya pasti apabila sampai ke point yang ke lima ini, ada majikan yang mula resah sebab mereka merasakan mereka belum mampu untuk memberikan reward kepada staf anda.

Wajib ke majikan bagi reward kepada pekerja setiap tahun kepada staf? 

Semestinya tidak wajib. Bonus atau reward adalah di atas budi bicara majikan. Ia bergantung kepada prestasi tahunan syarikat, keadaan ekonomi semasa, dan prestasi tahunan pekerja. Jangan pula anda rasa tertekan bila syarikat tidak dapat berikan bonus kepada pekerja.

Bonus sepenuhnya bergantung kepada prestasi syarikat. Anda sebagai pendiri bisnes perlu pastikan pekerja anda jelas dengan perkara tersebut.

Namun, jika anda sebagai majikan ada membuat perjanjian bertulis samada dalam kontrak perkhidmatan (offer letter) atau apa-apa perjanjian lain untuk memberikan bonus sekiranya pekerja mencapai sasaran yang ditetapkan, maka bonus tersebut wajib diberikan.

Ini antara reward yang non-cash reward yang anda boleh berikan kepada team anda.

  • Makan Bersama-sama – Ajak mereka untuk makan bersama-sama anda dan ahli staf lain sebagai sambutan kejayaan mereka. 
  • Percutian – Berikan tiket percutian ke mana-mana negara yang mereka kehendaki mengikut bajet yang ditetapkan.
  • Wall Of Frame – Senaraikan satu tempat untuk mempamerkan senarai ahli staf yang berjaya. 
  • Tiket Wayang – Bagi peluang kepada mereka untuk menonton wayang pada waktu bekerja dengan sediakan tiket kepada mereka secara percuma.
  • Ucapan Terima Kasih  – Ucapan terima kasih sangat penting dan bermakna untuk mereka rasa dihargai. Anda boleh mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada mereka di depan staf-staf yang lain.

Keutamaan majikan bukan untuk disayangi oleh staf tetapi dengan mewujudkan kehormonian dengan staf perniagaan kita lebih maju, why not anda turunkan ego anda. Betul tak?

Perniagaan adalah satu perjuangan, jangan STUCK dalam permainan emosi. Insya Allah buku Mudahnya Menjadi Majikan ini akan menjadi panduan untuk anda upgrade dari Good Company kepada Great Company dan seterusnya menjadi Amazing CEO. 

Nak tahu lebih lanjut tentang majikan? Klik link Mudahnya Menjadi Majikan untuk anda dapatkan buku fizikal secara percuma! Anda hanya perlu tanggung kos pengurusan dan penghantaran sahaja. Dapatkan sekarang sebelum tawaran ini di tutup!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !