Tau tak cerita budak sekolah yang nakal level legendary, but end up jadi orang berjaya?
Hari ni kita nak borak pasal Hanif Azmi. Bukan influencer. Bukan artis. Beliau ni former CEO, sekarang founder Enems Consultancy Solutions, pakar dalam organizational design and transformation.
Masa kecil beliau?
Budak kampung yang terkenal sebab kuat mengamuk sampai calar kereta orang.
Budak Yang Berani Calar Kereta Tok Imam
Kampung Bagan Jermal, Pulau Pinang. Ada budak umur 4-5 tahun. Kalau marah, siap-siap lah kereta kau. Mesti kena calar.
Tak kira siapa. Tok Imam sekali pun.
“Itu reputasi budak kecil”
First time beliau cerita benda ni secara terbuka.
Orang kampung sampai sekarang usik beliau. ‘Jadi orang jugak akhirnya’
Dalam hati mereka, budak yang berani melawan macam tu confirm jadi… perangai tak ke mana lah. Tak masuk juvana, jadi mat rempit.
Plot twist nya terjadi CEO pulak.
Parents Yang Sampai Hati Ban Anak Balik Kampung
Yang paling gila? Parents beliau actually larang beliau balik kampung.
Bukan apa. Parents beliau nampak beliau ada energy melampau. Kalau salah arah, boleh jadi bencana.
Jadi apa diorang buat? Asingkan beliau.
Hanif Azmi membesar dalam kawasan kem tentera. Kawalan super ketat. Nak keluar main kena lepas guard. Tidur kat kampung? No way. Main dengan budak kampung yang wild? Forget it.
Padahal beliau minat bola. Ada talent pulak tu. Tapi kena sacrifice semua sebab parents nak protect.
Faham tak maksud ni? Rebellion tu bukan jahat. Yang jadi masalah bila energy tu tak ada channel yang proper.
Cemerlang Akademik Dengan ‘Teknik’ Tersendiri
Mesti korang ingat budak nakal mesti lemah akademik kan?
WRONG.
Hanif ni first dalam keluarga masuk asrama penuh. First dapat scholarship. PMR straight A pulak tu.
Tapi bila orang tanya macam mana jawapannya ‘susah nak explain’.
STRATEGI COPY AND PASTE
Hanif Azmi meniru masa exam.
Ya, tapi bukan tiru gaya budak bodoh. Ada planning!
“Bila saya tiru, saya memang aim orang tu. Tapi markah saya selalu lagi tinggi dari orang yang saya tiru.”
Macam mana boleh?
“Sebab tiru dua tiga orang sekaligus. Kiri, kanan, depan, belakang. Lepas tu compare jawapan semua.“
Tu namanya tiru dan fikir sekaligus.
Hold on.
Ini sebenarnya lesson tentang resourcefulness. Dalam dunia business, benda ni dipanggil competitive intelligence. Kau tak main salin satu competitor. Kau study semua, analyse, pastu buat yang lagi best.
Hanif Azmi train skill ni dari sekolah rendah lagi. Beliau bukan sekadar copy paste. Beliau observe, analyse, upgrade.
Parents panggil skill ni ‘street smart’. Benda yang berguna sampai mati dalam dunia business.
Identity Crisis
Okay sekarang part paling gila.
Masuk form 4, Hanif Azmi dapat markah satu digit untuk SEMUA subjek sains. Math, Bio, Fizik, Kimia.
Meaning? Bawah 10 markah semua.
Budak yang selama ni top scorer, number one dalam segala-galanya, tiba-tiba struggle first time dalam hidup.
Kat situ beliau mula persoal ‘Aku nak jadi apa sebenarnya?‘
Nampak macam simple je soalan. Tapi…
“Soalan tu antara soalan paling susah nak jawab dalam dunia. What do I want to be?“
Dari Rebel Terus Jadi… Budak Alim Extreme
Tahap identity crisis beliau sampai mana?
Form 4 beliau jadi antara budak paling alim sekolah. Melekat kat surau. Aktif program tarbiyah semua.
Form 5? Keluar outing pakai celak dengan serban.
Kat Klang okay. Outing betul-betul. Pakai serban keluar jalan.
Kawan-kawan lama semua tercengang.
“Weh kau ni kenapa? Dulu main bola sama-sama relax je, tiba-tiba nak jadi ustaz?”
Sampai tahap kawan lama semua dah tak nak tegur.
Hanif azmi tak ada turning point yang dramatic. Beliau tak berubah sebab kena hentam ke, dapat hidayah tiba-tiba ke.
Beliau berubah sebab beliau tengah cari jati diri.
Pendidikan Agama Jadi ‘Benteng‘
Fast forward, Hanif Azmi masuk Kolej Tunku Ja’afar (KTJ). Culture shock tahap maximum.
Dari sekolah agama yang protected 5 tahun, sekali lompat masuk dunia yang lain planet.
Beliau berkawan dengan orang yang happening. Weekend keluar lepak. Pergi clubbing.
Tapi beliau tak join sekali.
“Bila orang mula minum, saya tahu that’s my limit.”
Beliau duduk luar je. Tunggu kawan-kawan habis. Jadi designated driver yang sober. Hantar balik semua orang.
Kenapa?
Habit Yang Dah Sebati 5 Tahun
Dari umur 13 sampai 17, sepanjang sekolah agama, Hanif kena train solat.
Mula-mula? Tak paham. Tak suka.
Tapi sebab buat lama sangat, dah jadi part of him.
“Jahat macam mana pun, solat tak? Solat jugak.”
Dan ni jadi game changer dalam business nanti.
Faham tak konsep ni? Bukan pasal jadi ustaz ke tak.
It’s about discipline. It’s about the boundary.
Dalam business, kalau tak ada moral compass, tak ada had, boleh jadi macam-macam. Tipu customer. Exploit staff. Main kotor.
Tapi kalau ada ‘pagar’?
Kau tahu limit kau kat mana.
Rebellion Vs Religion
Hanif Azmi describe diri beliau seorang manusia yang degil, keras kepala, suka lawan arus, percaya pada prinsip sendiri, dan tak peduli orang cakap apa.
But at the same time beliau tahu, rebel macam mana pun, go against the norm pun, one day akan kembali kemula kepada Allah.
The great combo…
Rebellion – Kau tak takut challenge status quo. Tak takut try benda baru. Tak ikut membuta tuli sebab orang suruh.
Religion – Kau ada moral compass. Ada limit. Tahu kau kena jawab pada yang lebih besar.
Kenal Diri Sendiri Dulu
Ramai entrepreneur power menjual. Hebat bercakap di stage.
Tapi bila kena manage organisasi, urus staff, set KPI, bina SOP? Ramai tergagap.
Kenapa?
Sebab tak kenal diri.
Tak kenal kekuatan diri.
Tak sedar kelemahan sendiri.
Limit diterjah tanpa timbang rasa.
Dan paling bahaya, tak tahu bila patut rebel, bila patut akur.
Journey Hanif Azmi Adalah Proses Cari Diri
Dari budak nakal kena ban balik kampung…
Ke pelajar cemerlang yang ‘tiru’ dengan strategy…
Ke budak alim yang terlalu ekstrem, siap berserban walaupun sekadar keluar outing.
Realitinya, ramai yang terkejut bila masuk KTJ buat kali pertama…
Semua tu process mencari jati diri.
Beliau tak pernah cuba jadi orang lain. Tak pernah ikut template.
PMR straight A? Masuk science stream. Semua orang buat gitu.
Tapi Hanif persoal. ‘Aku nak jadi apa sebenarnya?’
Kebanyakan kita tak pernah tanya. Kita just folow the flow. Pattern yang sistem dah tetapkan.
Interesting Part?
1. Rebellion bukan semestinya buruk – Kalau anak kau nakal, jangan terus assume beliau akan jadi jahat. Maybe beliau ada energy yang kuat je. Kena tahu channel betul.
2. Being ‘Street Smart’ is a skill – Resourcefulness. Tahu observe, analyse, upgrade. Ni bukan tipu. Ni survival skill dalam dunia business.
3. Identity crisis itu normal – Kalau korang kelam kabut tentang siapa diri korang, nak jadi apa? Itu benda biasa. Yang penting keep exploring. Keep questioning.
4. Kena Ada ‘Pagar’ Sendiri – Rebellion tanpa limit is chaos. Know your boundaries. Tahu sampai mana boleh pergi.
Hanif Azmi sekarang? Bekas CEO. Founder Enems Consultancy Solutions. Bimbing syarikat bina struktur organisasi yang sustainable.
“Tolong jangan jadi founder yang menyusahkan staff.”
Beliau faham, kalau tak kenal diri, mesti buat orang lain susah.
Journey beliau dari budak nakal Kampung Bagan Jermal ke successful entrepreneur bukan pasal duit, bukan pasal luck.
It’s about knowing himself.
The rebel yang belajar dengar. The street smart kid yang jumpa ‘pagar’ beliau. The identity crisis survivor yang jadi successful CEO.
So korang?
Dah kenal diri sendiri ke belum?
Nak tahu rahsia & tips Hanif Azmi? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!
Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!
