Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

PERSONA BISNES ‘Paksa’ Orang Ingat Brand Anda!

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

“QU PUTEH, QU PUTEH BARULAH PUTEHHHHH…!”

Boleh bayangkan tak muka dan gaya orang yang sedang pakai baju pink, pakai mahkota dan sebut ayat penuh persona tu? Satu Malaysia kenal dengan beliau.

Kalau tak silap saya, beliau meletup di Malaysia pada Anugerah Juara Lagu beberapa tahun dahulu. Saya tidak menonton juara lagu, tetapi bila saya buka Facebook pagi keesokan harinya, ‘newsfeed‘ saya penuh dengan “Qu Puteh, Qu Puteh barulah putehhhhh…!”

Begitulah penangan Dato’ Seri Vida dengan marketing beliau di televisyen. Sampai orang terpaksa dengar dan melekat di fikiran. Bila kita ingat Qu Puteh, kita akan terus ingat Dato Seri Vida. Setuju?

Dan kalau kita ingat D’Herbs Terlajak Laris, kita akan ingat Dato’ Aliff Shukri. Kenapa fenomena ini terjadi? Ini kerana, satu frasa sahaja, iaitu ‘People Follow People’ atau dalam bahasa Melayu, orang ikut orang.

Bayangkan jika iklan kotak produk Qu Puteh tanpa persona manusia. Sudah tentu membosankan dan orang tidak akan ingat produk tersebut berbanding produk yang datang bersama ‘pakej’ manusia atau persona.

Pernah lihat iklan kecantikan di televisyen, surat khabar dan majalah, atau billboard? Semua itu menggunakan ikon wanita cantik sebagai ‘PERSONA’ kepada produk atau servis sesuatu bisnes.

BISNES ANDA ADA PERSONA ATAU TIDAK?

Jika tidak ada, anda perlu cipta satu persona. Paling senang anda jadi persona kepada bisnes anda adalah anda sendiri. Ya! Anda perlu iklankan muka anda sebagai ‘figure’ kepada perniagaan anda.

“PEOPLE FOLLOW PEOPLE”

Orang bukan mengikut perkembangan produk atau servis, tetapi mereka mengikut perkembangan hidup manusia lain.

TUKAR PERSONA, TUKAR JUMLAH SALES!

Sebelum saya mengetahui mengenai persona, saya pernah beberapa kali membuat kesilapan yang akhirnya menyebabkan jualan jatuh dan saya membazir banyak duit untuk pemasaran dan jualan.

Cuba anda bezakan 2 contoh ayat SMS jualan yang saya hantar kepada pelanggan dibawah:

SMS 1

“Promosi! Harga produk XXX biasa RM100, tetapi untuk hari ini sahaja, hanya RM50. Limited kepada 100 orang pertama. Reply ‘MINAT sekarang!”

SMS 2

“Hi, saya Lisa. Anda pernah membeli produk XXX dari saya. Lisa nak bagi promosi. Harga produk XXX biasa RM100, tetapi sebagai tanda sayang, hanya RM50. Limited kepada 100 orang pertama. Reply ‘MINAT’ sekarang!”

APA PERBEZAAN DUA SMS DIATAS?

Mengikut data yang saya ada, dengan hanya menambah ‘PERSONA’ di hadapan ayat jualan akan meningkatkan jualan anda hampir 50 kali ganda!

la juga sama jika anda ingin menghantar Whatsapp, Email dan Call pelanggan. Semuanya memerlukan PERSONA dan orang lebih mudah untuk ‘menyerahkan‘ duit mereka jika mereka kenal dengan orang yang mereka berurusan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan? Jom join Channel Telegram FunnelEvo sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !