“Pernah Hilang Segalanya… Tapi Saya Belajar Bangkit Semula.”
Pernah tak anda rasa macam diri sendiri gagal?
Itu yang saya rasa dulu.
Saya pernah berada dalam keadaan duit jualan masuk… tapi entah ke mana hilangnya. Setiap hujung bulan, cashflow klinik saya tercekik. Lebih menyakitkan hati, saya terlalu percaya pada orang, sampai satu ketika saya sedar semua itu buat saya jatuh terduduk dengan beban hutang.
Nama saya Dr. Husnun Nisak. Saya pengasas Klinik Medinoura di Putrajaya.Dan inilah kisah jatuh bangun saya.
Ada masa saya menangis sendiri. “Kenapa bila sales tinggi, hidup aku makin sesak?” Soalan itu selalu berlegar dalam kepala. Saya hampir putus asa. Tapi jauh di dalam hati, ada suara kecil yang berbisik: “Bangkit, Husnun. Jangan biar hidup kau berhenti di sini.”
Saya tekad untuk cari ilmu. Saya sertai Mastermind di FunnelEvo. Bukan senang, tapi di situlah saya mula belajar semula cara urus bisnes dengan betul. Saya mula faham strategi, mula berani buat keputusan yang besar, dan mula nampak jalan keluar.
Dalam tempoh hanya setahun, hidup saya berubah:
- Sales Melonjak. Dari RM651 ribu pada 2023, naik ke RM1.03 juta pada 2024. Bagi saya, ini bukan sekadar angka tapi bukti bahawa usaha dan keberanian saya tak sia-sia.
- Keyakinan Baru. Dulu saya takut nak buat keputusan. Sekarang, saya berani melabur, malah saya lancarkan produk supplement kesihatan sendiri dan alhamdulillah, sambutannya luar biasa.
- Bisnes Lebih Kemas. Sistem makin tersusun, setiap pelaburan dibuat dengan bijak. Saya malah berani beli peralatan baru demi beri servis terbaik untuk pelanggan.
Hari ini, bila saya pandang ke belakang, saya tersenyum dengan linangan air mata. Dari seorang wanita yang hampir tenggelam dalam hutang, kini Allah izinkan saya capai RM1 juta pertama dalam bisnes. Alhamdulillah kini saya tahun kedua di Mastermind.
Saya kongsikan kisah ini supaya anda tahu jatuh itu biasa, tapi bangkit itu pilihan.
Kalau saya boleh, anda pun boleh.
Soalnya… bila lagi anda nak buat keputusan untuk berubah?
Rebut peluang hadir ke Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju!
Insya-Allah, di sinilah anda akan jumpa ilmu dan keberanian yang anda perlukan untuk bangkit semula.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!