Tuan Naufal dahulunya seorang staf bank yang menjalani kehidupan selesa dengan kerjaya stabil. Namun, segalanya berubah apabila beliau dibuang kerja empat tahun lalu. Kehidupan yang dahulu berada di puncak kini berubah, sehingga untuk makan pun tiada wang.
Dari situ, beliau mengambil keputusan untuk bangkit dengan menceburi bidang perniagaan dalam industri pinjaman kewangan. Bermula secara offline, beliau menghadapi pelbagai cabaran termasuk dicaci maki dan disalah anggap sebagai ah long oleh sesetengah individu.
Tuan Naufal mengambil keputusan untuk melabur dalam ilmu perniagaan dengan menyertai program Mastermind. Hasilnya, perubahan drastik dapat dilihat dalam perniagaannya.
- Sales meningkat daripada RM9 Juta pada tahun 2023 kepada RM20 Juta pada tahun 2024.
- Team Bertambah. Berjaya mengembangkan pasukan dengan menambah seorang staf bahagian urusan proposal, lima staf admin dan lima staf sales.
- Strategi pemasaran juga diperkasakan dengan menggunakan iklan berbayar di Facebook, mencapai 60-70 leads sehari dengan kadar closing sebanyak 6%.
“Ilmu sentiasa kita kena ligan untuk upgrade diri kita ke tahap seterusnya. Usaha, rancang dan tawakal, insyaAllah akan ada hasil. Pentingnya ilmu digital dalam bisnes adalah untuk membuka lebih banyak peluang dan meningkatkan kebolehpasaran perniagaan kita.”
Kisah Tuan Naufal membuktikan bahawa dengan usaha, ilmu, dan keberanian mengambil risiko, kejayaan luar biasa dapat dicapai. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua usahawan di luar sana yang sedang berusaha mencapai impian mereka.
FunnelEvo menjemput anda untuk sertai Amazing Founder – program eksklusif yang akan mendedahkan teknik untuk:
✅ Menarik perhatian pelanggan dengan lebih berkesan
✅ Membina hubungan kukuh dengan pelanggan
✅ Mengekalkan permintaan tinggi sepanjang musim perayaan
Jangan lepaskan peluang ini! Hadir ke Amazing Founder dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan menjadi pilihan utama sepanjang musim perayaan.