Tidak semestinya. Jangan buat keputusan tukar struktur bisnes hanya kerana emosi atau jualan sementara menurun.
Struktur bisnes perlu ditentukan berdasarkan strategi jangka panjang, bukan semata-mata angka jualan semasa.
Kenapa Usahawan Terfikir Nak “Turun” Ke Enterprise?
Biasanya sebab:
- Jualan menurun
- Rasa kos Sdn Bhd mahal
- Nak jimat compliance & audit
Masalahnya, turun struktur bukan selalu penyelesaian.
Perkara Penting Yang Perlu Dipertimbangkan
1. Kelebihan Sdn Bhd Dari Sudut Strategik
Sdn Bhd bukan sekadar tentang jualan, tetapi kepercayaan:
- Lebih trusted oleh bank
- Lebih dipercayai untuk B2B & corporate
- Lebih senang mohon pembiayaan & kerjasama besar
Jika bisnes anda ada potensi naik semula, Sdn Bhd masih relevan.
2. Tutup Sdn Bhd Pun Ada Kos
Ramai tak sedar:
- Tutup Sdn Bhd bukan percuma
- Ada kos profesional, dokumentasi & masa
- Proses boleh ambil berbulan
Turun ke enterprise bukan shortcut murah seperti yang disangka.
3. Maintain Sdn Bhd Memang Ada Kos (Tapi…)
Ya, Sdn Bhd ada:
- Kos audit
- Kos setiausaha syarikat
- Kos compliance tahunan
Adakah kos ini masih munasabah dengan strategi bisnes anda?
Soalan Sebenar Yang Perlu Ditanya (Bukan Emosi)
Sebelum buat keputusan, jawab soalan ini dengan jujur:
- Jualan bawah RM1 juta setahun?
- Margin bisnes besar atau nipis?
- Profit masih tinggi walaupun jualan turun?
- Ada perancangan scale semula 1–3 tahun akan datang?
Kalau profit & margin masih sihat, Sdn Bhd mungkin masih pilihan terbaik.
Bila Enterprise Lebih Sesuai?
Enterprise boleh dipertimbangkan jika:
- Bisnes kecil & kekal kecil
- Jualan rendah dan margin nipis
- Tiada keperluan bank, B2B atau pelabur
- Fokus operasi ringkas & kos minimum
Cara Mudah Buat Keputusan (Praktikal)
Gunakan prinsip ini:
- Jualan turun = baiki strategi
- Struktur bisnes = ikut hala tuju jangka panjang
Jangan tukar struktur hanya untuk “legakan perasaan” sementara.
Struktur bisnes perlu ikut strategi jangka panjang, bukan semata-mata jualan semasa.
Sdn Bhd memberi kepercayaan dan peluang jangka panjang, manakala enterprise sesuai untuk bisnes kecil yang kekal kecil. Buat keputusan berdasarkan data, margin dan hala tuju, bukan emosi.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
