Berniaga bukan sekadar ikut minat sahaja. Alhamdulillah selepas berguru YM Ungku Effa lebih jelas dengan hala tuju bisnes bisnes.
Ini kisah inspirasi salah seorang student President FunnelEvo iaitu YM Ungku Effa yang menjalankan bisnes di Gelang Patah, Johor.
Berniaga dalam industri makanan dan minuman ini tidak asing lagi dengan cabaran bisnes kenaikkan harga barang mentah. YM Ungku juga tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran keadaan ekonomi yang memaksa barang mentah mengalami kenaikkan harga.
Seperti usahawan lain juga Puan Ungku juga mengalami cabaran dalam pengurusan syarikat.
Alhamdulillah kini Effa Tomyam lebih jelas dengan hala tuju bisnes, pengurusan bisnes juga semakin baik.
Pelan perniagaan sangat penting untuk growkan bisnes, terutamanya dalam perniagaan F&B anda.
Dengan mempunyai pelan perniagaan, urusan dan proses membuka kedai makan atau lebih mudah dan lancar. Ini dapat merancang budget perbelanjaan yang diperlukan dan lebih sistematik.
Apa yang perlu ada dalam pelan perniagaan?
1. Konsep kedai anda.
Adakah kedai anda berkonsep layan diri? Menyediakan pelayan? Atau bar? Konsep yang mana satu jadi pilihan anda?
2. Siapa Kumpulan sasaran anda?
Kedai makan anda sesuai untuk semua peringkat umur? Sasaran kumpulan golongan muda?
3. Apa ‘Niche’ Anda?
Tentukan konsep restoran anda. Adakah konsep makanan kampung? Masakan barat? Makanan sihat atau servis pantas? Ini akan membantu anda menentukan menu, dekorasi, dan strategi pemasaran anda.
4. Lokasi.
Adakah anda memilih untu berniaga di kawasan pelajar iaitu berdekatan kolej & universiti atau kediaman? Berapa ramai pesaing anda di kawasan itu yang sedia ada? Sewa atau beli premis perniagaan anda? Buat kaji selidik lanjut dengan bertanya penduduk setempat tentang kecenderungan dan minat mereka.
5. Kaedah pemasaran.
Fizikal atau atas talian? Bagaimana pendekatan yang akan digunakan? Apakah platform media sosial yang akan gunakan?
6. Penjenamaan.
Nama kedai, warna, ‘branding’ dan suasana kedai perlu difikirkan dan direka dalam pelan perniagaan.
Baru- baru ini, pada 18 Oktober 2023 team FunnelEvo bersama CEO Tuan Shariffudin Sahedan sempat singgah dan menjalinkan silaturahim antara student HLC yang berkumpul di Effa Tomyam.
Alhamdulillah, sesi ini adalah sesi Jelajah High Level Coaching.
Nak join circle High Level Coaching FunnelEvo? Klik link Amazing Founder: Grow Business Lebih laju sekarang!