7 bulan. Hanya 7 bulan.
Bila kami mula-mula melancarkan BuatSaja Podcast pada awal tahun 2025, kami tak pernah membayangkan perjalanan ini akan membawa kami ke sini.
76.9 juta tontonan bukan sekadar angka, tetapi bukti kepercayaan terhadap cerita, suara, dan perbualan bermakna yang kami bangunkan.

Angka Yang Bercerita Lebih Daripada Statistik
76.9 JUTA TONTONAN.
Jika setiap tontonan itu mewakili seseorang yang berhenti seketika dalam kesibukan hidup mereka untuk mendengar episod kami, itu bermakna kami telah menyentuh kehidupan berjuta-juta orang.
Ramai yang menonton sambil memandu ke tempat kerja, atau mendengar sambil memasak untuk keluarga.
Ada juga yang streaming episod kami ketika sedih, keliru, mencari inspirasi, atau sekadar memerlukan teman di waktu sunyi.
Setiap satu daripada 76.9 juta tontonan itu membawa kisahnya sendiri. Dan itulah yang menjadikan pencapaian ini begitu istimewa buat kami.
Tetapi angka ini bukan datang dengan mudah. It’s not just about the numbers. Ia tentang konsistensi, tentang integriti dalam memilih tetamu, tentang kualiti perbualan yang kami utamakan, dan yang paling penting, tentang kepercayaan yang anda berikan kepada kami.
Penghargaan Dari Lubuk Hati Kepada Penonton Yang Setia
Kepada setiap individu yang pernah mengklik play, menghantar komen, kongsikan episod kami dengan kawan-kawan, atau sekadar memberi thumbs up. Terima kasih.
Tanpa anda, BuatSaja Podcast hanyalah satu lagi platform kosong yang bercakap dengan dinding. Anda yang mengisi ruang ini dengan tenaga, dengan respons, dengan kritikan membina, dan dengan sokongan yang tidak pernah jemu.
Walaupun ada episod yang berat, baru, atau berisiko, anda tetap menonton dan memberi peluang, malah membetulkan kami dengan penuh hormat.
Inilah yang membuatkan komuniti BuatSaja Podcast istimewa. Anda bukan sekadar penonton pasif, anda adalah sebahagian daripada perjalanan ini.
Setiap rakaman episod baru kami sedar bahawa ribuan, malah jutaan, mata akan menilai dan tersentuh dengan apa yang dikongsikan.
Suara Anda Yang Membentuk Kami
Kami masih ingat komen-komen awal. Ada yang bertanya, ‘Kenapa pilih tetamu ini?’ Ada yang cadangkan, ‘Boleh tak jemput orang macam ni?’ Ada yang berikan feedback, ‘Audio episod lepas kurang clear sikit.’
Dan anda tahu apa? Kami dengar semuanya.
Setiap episod yang datang selepas itu adalah hasil daripada dialogue antara kami dengan anda. Pemilihan tetamu yang semakin pelbagai. Kualiti rakaman yang semakin baik. Topik-topik yang semakin relevan dengan isu semasa.
Semua ini bukan kerana kami tiba-tiba jadi lebih bijak tetapi kerana anda mengajar kami apa yang anda perlukan, apa yang anda nak dengar, dan apa yang boleh menjadikan podcast ini lebih bermakna.
Kepada Penaja Yang Percaya Sebelum Dunia Percaya
Ada satu realiti dalam industri content yang ramai tak nampak. Nak hasilkan kualiti, untuk terus bayar pasukan produksi yang profesional, untuk terus upgrade peralatan dan jaga standard. Kami memerlukan sokongan kewangan.
Dan di sinilah penaja-penaja kami memainkan peranan yang begitu kritikal.
- PPZ (Pusat Pungutan Zakat) – MAIWP
- G-Mart Group – Your One Stop Automotive Centre!
- Raise Your Business Standard (Amazing Founder)
- FunnelEvo College – Digital Business & Technology College
Kepada setiap jenama, syarikat, dan organisasi yang letakkan kepercayaan mereka kepada BuatSaja Podcast. Anda bukan sekadar penaja, tetapi rakan kongsi dalam misi kami.
Kepercayaan anda pada visi ini hadir sejak kami masih kecil, dan anda berani mengambil risiko melabur dalam platform yang sedang mencari identiti.
Terima kasih kerana beri kami kebebasan itu. Terima kasih kerana faham bahawa kejayaan jangka panjang datang daripada bina kepercayaan, bukan sekadar kejar angka jualan segera.

Membina Ekosistem Yang Mampan
Dengan sokongan anda, kami bukan sahaja dapat terus beroperasi malah berkembang. Dengan sokongan anda, kami tingkatkan kualiti podcast, hire editor mahir, audio canggih, dan persediaan episod yang rapi.
Kami dapat melabur dalam peralatan audio yang lebih canggih supaya setiap perkataan yang diucapkan kedengaran jelas. Kami dapat bayar researchers untuk pastikan setiap episod kami datang dengan persediaan yang rapi.
Dan lebih penting lagi, kami dapat beri nilai kepada tetamu-tetamu kami. Berikan mereka platform yang profesional, yang hormati masa mereka, dan yang dapat sampaikan cerita mereka dengan cara yang terbaik.
Semua ini mungkin kerana anda percaya cukup awal. Dan untuk itu, kami akan sentiasa berusaha untuk pastikan setiap ringgit yang anda laburkan membawa pulangan bukan hanya dalam bentuk exposure, tetapi dalam bentuk impak sebenar kepada masyarakat.
Bukan Sekadar Viral, Tetapi Bermakna
Dalam era kandungan viral yang cepat hilang, kami fokus bina podcast yang sustainable, tahan lama, dan relevan untuk jangka panjang.
76.9 juta tontonan memang membanggakan, tapi lebih berharga bila penonton berkongsi bagaimana episod kami mengubah perspektif, memberi kekuatan, atau mencetus minat untuk berbincang perkara penting.
Itulah ukuran kejayaan sebenar. Bukan berapa juta views, tetapi berapa banyak kehidupan yang tersentuh. Berapa banyak minda yang terbuka. Berapa banyak perbualan bermakna yang tercetus kerana episod yang kami hasilkan.
Bila kami tengok balik perjalanan 7 bulan ini, beberapa pencapaian lain turut menonjol.
- 157,744 pengikut yang pilih untuk kekal berhubung dengan kami
- Berjuta-juta minit kandungan yang ditonton
- Ribuan komen yang tunjukkan engagement sebenar
- Ratusan perkongsian yang buktikan kandungan kami cukup bermakna untuk disebarkan
Tetapi di sebalik setiap angka ini, ada manusia. Ada cerita. Ada seseorang yang tersentuh, terinspirasi, atau bahkan berubah selepas menonton episod kami.
Tujuh bulan pertama ini adalah proof of concept. Ia membuktikan bahawa ada ruang untuk kandungan yang berkualiti, yang mendalam, yang berani bincangkan isu-isu penting tanpa sensasi murahan.
Ia membuktikan bahawa rakyat Malaysia dahagakan perbualan yang berlapisan, yang mencabar pemikiran, dan yang hormati kecerdasan penonton.
Tetapi ini baru permulaan.
Dengan sokongan anda yang berterusan, dengan kepercayaan penaja-penaja kami, dan dengan komitmen kami terhadap kualiti, kami akan terus berkembang dan menuju ke podcast #No.1 di Malaysia!
Kami akan terus bawa tetamu-tetamu yang pelbagai, dari berbagai lapisan masyarakat, yang masing-masing ada cerita unik untuk dikongsikan.
Komitmen Kami Yang Tidak Berubah
Walaupun angka-angka berkembang, walaupun scale operasi bertambah besar, satu perkara tidak akan pernah berubah. Integriti kami terhadap kandungan yang bermakna.
Kami tak jual airtime kepada tetamu yang bayar paling tinggi jika mereka tidak bawa nilai kepada penonton. Tak sensasikan cerita untuk kejar viral moment. Tak berkompromi dengan standard etika kami demi engagement yang lebih tinggi.
Kerana akhirnya, yang menjadikan BuatSaja Podcast istimewa bukan teknologi atau peralatan, tetapi kepercayaan anda adalah satu amanah yang kami pegang dengan serius.
Terima Kasih Itu Tidak Pernah Cukup
2025 amat bermakna bagi BuatSaja podcast. Dari proses rebranding, berawal dari 2 orang manpower dan utilities yang terhad sehinggalah dapat cecah 76.9 juta tontonan di seluruh platform!
Kepada setiap penonton, anda adalah nadi podcast ini. Tanpa anda, semua usaha kami sia-sia.
Kepada setiap penaja, anda adalah tulang belakang yang membolehkan kami terus berdiri. Kepercayaan anda adalah modal yang paling berharga.
Kepada setiap tetamu yang pernah duduk bersama kami, anda kongsikan bahagian daripada hidup anda, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.
7 bulan, 76.9 juta tontonan, dan satu perjalanan yang masih jauh dari tamat. Ini baru chapter pertama. Dan kami tidak sabar untuk tulis chapter-chapter seterusnya bersama anda semua.
We could never take for granted the hard work you do.
Sekali lagi, dari segenap hati kami TERIMA KASIH.
@buatsajapodcast
Kerana setiap cerita layak didengar.
Nak tahu lagi banyak rahsia & tips orang hebat? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!
Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!
