Perbelanjaan Yang Tidak Boleh Dituntut Untuk Pelepasan Cukai

Kesilapan Biasa Usahawan Yang Selalu Berlaku Tanpa Sedar

Ramai usahawan mula ambil serius pasal cukai bila dah terima surat daripada LHDN.
Masa tu baru nak semak satu-satu perbelanjaan yang selama ni dimasukkan sebagai kos syarikat.

Masalahnya,
tak semua perbelanjaan boleh dituntut untuk pelepasan cukai, walaupun duit keluar dari akaun bisnes.

Dalam blog ini, kita bincangkan perbelanjaan yang memang tidak dibenarkan, dan kenapa ia sering jadi perangkap kepada pemilik bisnes.

1. Perbelanjaan Peribadi Yang Diserap Masuk Akaun Syarikat

Ini antara kes paling kerap berlaku, terutamanya dalam bisnes kecil dan Sdn Bhd yang diurus sendiri oleh founder.

Contoh perbelanjaan peribadi yang tidak boleh dituntut

  • Gaji pengarah tanpa dokumen rasmi (surat lantikan, resolusi pengarah)
  • Perbelanjaan keluarga seperti:
    • Barang dapur
    • Bil telefon atau internet rumah
    • Perbelanjaan anak
  • Guna duit syarikat untuk belanja peribadi tanpa rekod yang jelas

Walaupun bayaran dibuat melalui akaun syarikat,
jika ia tidak berkaitan dengan operasi bisnes, ia tetap dikira sebagai perbelanjaan peribadi.

Prinsip asas LHDN sangat jelas:
Perbelanjaan peribadi bukan kos perniagaan.

2. Sumbangan Yang Tidak Berdaftar Dengan LHDN

Ramai usahawan suka bersedekah, bantu orang dan sokong aktiviti kebajikan. Itu satu perkara yang baik.

Namun dari sudut percukaian, tidak semua sumbangan layak untuk pelepasan cukai.

Antara yang tidak boleh dituntut:

  • Sumbangan kepada individu
  • Derma kepada organisasi yang tidak berdaftar dengan LHDN
  • Kutipan awam tanpa resit rasmi yang diiktiraf LHDN

Untuk tuntutan cukai, LHDN hanya mengiktiraf sumbangan kepada
institusi atau organisasi yang diluluskan dan tersenarai secara rasmi.

Maksudnya, niat baik sahaja tidak mencukupi dokumen dan status penerima sumbangan sangat penting.

3. Perbelanjaan Yang Tidak Berkaitan Dengan Perniagaan

Ada perbelanjaan yang memang dibayar setiap bulan, tetapi tiada kaitan langsung dengan bisnes.

Contoh yang sering disalah anggap:

  • Ansuran kereta peribadi pengarah
  • Insurans kenderaan peribadi
  • Sewa rumah pemilik tanpa perjanjian sewaan rasmi
  • Perbelanjaan yang tiada bukti digunakan untuk tujuan bisnes

Soalan paling mudah untuk tapis perbelanjaan:

“Kalau bisnes ini tidak wujud, adakah perbelanjaan ini masih perlu dibayar?”

Jika jawapannya ya,
besar kemungkinan perbelanjaan itu tidak layak dituntut sebagai kos perniagaan.

Dalam pengurusan cukai,
kesilapan kecil hari ini boleh jadi isu besar di masa depan.

LHDN tidak melihat kepada alasan,
tetapi melihat kepada:

  • Bukti
  • Dokumen
  • Hubungan perbelanjaan dengan perniagaan

Jika anda serius membina bisnes untuk jangka panjang:

  • Asingkan kewangan peribadi dan syarikat dari awal
  • Pastikan setiap perbelanjaan ada justifikasi yang jelas
  • Simpan dokumen dengan teratur

Kerana dalam bisnes,
yang kita anggap remeh hari ini, boleh jadi mahal bila audit bermula.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Nak Bisnes Anda Terus Berkembang? FunnelEvo Ada Jawapannya!

Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!

Apa yang anda dapat?

  1. Sesi Business Review PERCUMA!
  2. Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
  3. Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.

Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !