PERANGAI PEKERJA GEN-Z : LEMBIK DAN MANJA?
“Manja!” “Tak tahan tekanan!” “Kerja nak on time, balik pun nak on time!” Tapi realitinya, Gen Z bukan malas. Mereka bijak, ada prinsip hidup, dan ada cara fikir yang lain daripada generasi kita. Kalau kita sebagai majikan gagal faham, kita sendiri rugi. Kalau kita pandai guna potensi mereka, bisnes kita boleh melompat jauh ke depan.Mari kita bedah mindset Gen Z dan cara nak jadikan mereka aset paling power dalam bisnes:
1. Mereka Hargai Masa, Bukan Jam Kerja.
Gen Z tak percaya kerja 9–5 semata-mata. Mereka percaya output lebih penting daripada punch card. Untuk Bos: Beri KPI yang jelas, bukan hanya suruh “buat je”. Beri fleksibiliti masa, tapi pastikan mereka accountable dengan hasil.Untuk Gen Z: Kalau diberi fleksibiliti, tunjuk prestasi. Jangan salah guna kebebasan.
2. Mereka Pilih Kerja Ikut Priority, Bukan Ego Bos.
Gen Z ada mindset fokus kerja mana yang beri impak, itu yang mereka buat dulu.Untuk Bos: Jelas kan keutamaan tugas setiap hari. Jangan buang masa dengan kerja tak masuk akal; Gen Z bijak detect benda “syok sendiri”. Untuk Gen Z: Belajar urus masa dan terima kerja yang mencabar, walaupun nampak “remeh”. Itu proses belajar.
3. Mereka Jaga Mental Health, Bukan Malas.
Lunch hour? Mereka ambil rehat betul-betul. Masa balik kerja, memang balik on time. Itu bukan tanda malas — itu tanda mereka nak hidup seimbang.Untuk Bos: Hormati boundaries. Wujudkan budaya kerja yang tak buat orang burnout.Untuk Gen Z: Balance bukan alasan untuk malas. Pastikan kerja siap, jangan lari dari tanggungjawab.
4. Mereka Nak Rasa Dihargai, Bukan Dimalukan.
Gen Z tak tahan public shaming. Sekali bos marah depan semua orang, jangan pelik kalau mereka hilang semangat atau cari kerja lain.Untuk Bos: Tegur secara personal, beri feedback yang jelas. Fokus kepada penyelesaian, bukan drama. Untuk Gen Z: Terima teguran dengan hati terbuka. Kritik bukan musuh; itu ubat untuk upgrade diri.
5. Mereka Direct, Bukan Kurang Ajar.
Kalau tak puas hati, mereka akan cakap. Itu kejujuran, bukan biadap.Untuk Bos: Galakkan komunikasi terbuka. Bina budaya “safe space” untuk idea dan feedback.Untuk Gen Z: Direct bukan tiket untuk kasar. Belajar kawal emosi bila bagi pandangan.
Gen Z adalah tenaga baru. Mereka ada teknologi, ilmu, dan keberanian. Tapi tanpa disiplin, semua tu akan jadi sia-sia. Bos pula ada pengalaman, jaringan, dan strategi, tapi kalau ego tinggi, bisnes sendiri akan jadi mangsa. “Bisnes besar dibina dengan gabungan pengalaman orang lama dan semangat orang muda. Kalau dua-dua nak menang ego, takkan ada syarikat yang menang.”
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!