Pengurusan “Cash Reserve” Syarikat: Panduan Mudah dan Praktikal Untuk Usahawan!

Apa Itu Cash Reserve?
Cash reserve atau “simpanan tunai” ialah sejumlah wang yang disimpan oleh syarikat sebagai dana kecemasan. Ia penting untuk memastikan syarikat dapat bertahan dalam situasi luar jangka seperti bencana alam, kerosakan peralatan, atau keperluan membayar cukai secara tiba-tiba.

Cara Terbaik Menguruskan Cash Reserve

Untuk memastikan pengurusan cash reserve lebih efektif, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:

  1. Buka Akaun Bank Berasingan
    • Pastikan anda membuka akaun bank berasingan atas nama syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
    • Jangan gunakan akaun individu kerana ini boleh menjejaskan ketelusan kewangan syarikat.
  2. Tetapkan Peratusan Simpanan
    • Simpan antara 20% hingga 30% daripada keuntungan bersih syarikat setiap bulan ke dalam akaun ini.
    • Contohnya, jika keuntungan bersih syarikat adalah RM10,000 sebulan, anda boleh menyimpan RM2,000 hingga RM3,000 sebagai cash reserve.
  3. Asingkan Akaun Operasi
    • Gunakan akaun bank utama atau “operational account” untuk pembayaran perbelanjaan harian syarikat seperti gaji, bil utiliti, dan kos operasi lain.
    • Dengan memisahkan cash reserve dan akaun operasi, anda dapat mengawal kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan penggunaan simpanan kecemasan secara tidak sengaja.

Adakah Cash Reserve Dikenakan Cukai?

Ya, wang yang disimpan sebagai cash reserve akan dikenakan cukai kerana ia dianggap sebagai aset syarikat. Cash reserve termasuk dalam penyata kewangan tahunan syarikat dan dinilai semasa pengiraan cukai syarikat.

Walaupun dikenakan cukai, cash reserve memainkan peranan penting dalam menjamin kestabilan kewangan syarikat. Dengan adanya simpanan ini, syarikat boleh menghadapi cabaran seperti:

  • Bencana alam seperti banjir yang mungkin merosakkan pejabat atau peralatan syarikat.
  • Pembelian alat ganti untuk mesin atau peralatan yang rosak secara tiba-tiba.
  • Pembayaran cukai secara mengejut atau perbelanjaan besar yang tidak dirancang.

Menguruskan cash reserve dengan baik membantu syarikat bersedia menghadapi sebarang cabaran kewangan. Dengan menyimpan sebahagian keuntungan dalam akaun berasingan dan menggunakannya hanya untuk kecemasan, syarikat dapat beroperasi dengan lebih stabil dan teratur.

Pastikan anda berdisiplin dalam menyimpan cash reserve dan memantau kewangan syarikat secara berkala. Walaupun dikenakan cukai, manfaat jangka panjangnya jauh lebih besar untuk kestabilan syarikat anda!

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.

Daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !