Pemilihan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Berhasil!

Macam mana Fan BingBing Boleh Jadi Duta Melaka?

Ada yang marah, ada yang komen negatif, tapi ada juga yang sokong Fan BingBing jadi duta. Tapi pelik juga ramai sangat yang marah isu ni.

Yang tak tahu dan baru tahu tentang Fan BingBing ni, ini sedikit info tentang beliau. Fan Bingbing adalah seorang pelakon daripada China. Beliau dah berjaya bina nama di Taiwan, Jepun, dan Amerika Syarikat. Dari tahun 2013 hingga 2017, beliau termasuk sebagai selebriti dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes China Celebrity 100 selepas berada dalam kedudukan 10 teratas setiap tahun sejak 2006. Beliau muncul dalam senarai 100 orang paling berpengaruh oleh majalah Time pada tahun 2017.

Ini pula statistik carian Wechat China pada 14 jun :
Fan Bingbing = 334,883,965 kali
Melaka = 165,082,653 kali

Statistik carian Wechat pada 15 Jun:
Fan Bingbing= 461,138,243 kali
Melaka = 161,972,679 kali

Kredit info dari akaun FB : Jersey Chong.

Perbezaan carian dengan event besar di China ketika tempoh yang sama:
Shanghai International Film Festival = 2,280,795 sahaja
Weibo Movie Awards Ceremony 2024 = 3,472,115 sahaja

Ini pendapat saya yang boleh dibincangkan.

  1. Tak salah ambil Fan BingBing jadi duta kerana beliau ada nama dan terkenal di peringkat antarabangsa. Jadikan beliau sebagai duta secara tak langsung dapat beri pendedahan dan tarik pelancong dari China untuk lihat Malaysia dan Melaka sebagai destinasi pelancongan. Nilai komersial yang beliau bawa jauh lebih tinggi.
  2. Ada yang beri cadangan supaya duta pelancongan Melaka dilantik dalam kalangan artis tempatan. Juga cadangan yang bagus. Kita boleh tarik pelbagai audience , bukan fokus pada penduduk luar sahaja. Mungkin sebelum ini pun pernah buat , tapi tak berapa dapat sambutan.
  3. Mungkin juga bahagian strategi pelaksanaan boleh ditambah baik dengan letakkan sekali artis tempatan dan Fan Bing Bing sekali untuk pamerkan wajah tempatan dan peluang untuk artis tempatan dapat pendedahan bagaimana artis luar negara berkarya.

Apa pun ini langkah bagus dalam menarik lebih ramai pelancong dan usaha untuk tambah pendapatan negara. Tak gitu?

Apa pendapat you all? Rasa-rasa siapa Artist tempatan yang sesuai Duta Pelancongan Melaka berganting dengan Fan BingBing?

Nak belajar lebih banyak ilmu grow bisnes? Khas untuk pendiri bisnes! Himpunan Usahawan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih laju 31 Julai & 1 Ogos 2024 di SACC Shah Alam. Dapatkan tawaran tiket serendah RM29 di AmazingFounder.com atau hubungi team FunnelEvo, Captain Azlan disini —> https://www.wasap.my/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!