Pemasaran Offline Atau Online, Mana Lebih Baik Untuk Bisnes Servis?

Menjalankan bisnes servis, sama ada dalam bidang kesihatan, kecantikan, atau perkhidmatan lain, sentiasa memerlukan strategi pemasaran yang tepat untuk menarik pelanggan. Tapi, persoalannya patutkah anda fokus pada pemasaran offline atau pemasaran online? Jom kita tengok kedua-duanya dan bagaimana ia boleh membantu bisnes servis anda!

Sebenarnya, kedua-dua kaedah ada kelebihannya. Jom kita tengok apa yang anda boleh buat!

Pemasaran Offline: Fokus Pada Komuniti Setempat.

Untuk menarik pelanggan dalam lingkungan umur 35-65 tahun ini, pemasaran offline mungkin lebih dekat dengan mereka.

  1. Banner atau Bunting.
    Mulakan dengan cara paling mudah: pasang banner atau bunting di kawasan sekitar pusat rawatan anda, dalam radius 5 km. Pastikan banner tersebut ada tawaran menarik seperti “Urutan Kepala Percuma 15 Minit” supaya orang tertarik untuk datang. Letak di tempat yang strategik seperti di tepi jalan utama, depan kedai, atau pasar raya berhampiran. Orang lebih cenderung untuk tertarik dengan tawaran fizikal yang mereka boleh nampak depan mata.
  2. Flyers atau Brochure.
    Anda juga boleh sebarkan flyers atau brochure di kawasan perumahan berdekatan. Sertakan tawaran istimewa atau promosi harga istimewa untuk pelanggan pertama kali. Jangan lupa letakkan nombor telefon atau QR code WhatsApp supaya mereka mudah hubungi anda.
  3. Kedai Fizikal.
    Penting juga untuk pastikan pusat rawatan anda mudah dilihat dari luar dan kelihatan menarik. Kadang-kadang, pelanggan yang lalu-lalang mungkin terfikir untuk singgah hanya kerana tertarik dengan kedai yang nampak kemas dan profesional.

Pemasaran Online: Guna Kuasa Media Sosial.

Walaupun pelanggan anda lebih berusia, jangan pandang rendah kuasa media sosial! Ramai yang umur 35 hingga 65 tahun sudah aktif di platform seperti Facebook dan Instagram.

  1. Iklan Facebook & Instagram.
    Gunakan iklan berbayar di Facebook atau Instagram, fokuskan kepada radius yang sama seperti banner anda—dalam lingkungan 5 km dari pusat rawatan. Buat iklan yang menonjolkan promosi istimewa, seperti “Diskaun 20% untuk Sesi Pertama” atau tawaran percuma yang sama seperti di banner anda. Jangan lupa sertakan butang “WhatsApp Now” supaya pelanggan boleh terus hubungi anda.
  2. Post Testimoni Pelanggan.
    Ramai pelanggan suka tengok testimoni sebelum mencuba sesuatu servis. Kongsi gambar dan cerita pelanggan yang pernah dapat rawatan di pusat anda. Bila orang nampak kepuasan pelanggan lain, mereka akan lebih yakin untuk mencuba.
  3. Google My Business.
    Pastikan pusat rawatan anda mudah ditemui di Google dengan mendaftar di Google My Business. Ini penting supaya orang yang mencari pusat rawatan di kawasan anda mudah jumpa info seperti alamat, nombor telefon, dan waktu operasi.

Mana Yang Lebih Baik?

Sebenarnya, anda tak perlu pilih satu sahaja. Gabungan pemasaran offline dan online adalah strategi yang paling ideal. Pemasaran offline berkesan untuk pelanggan yang lebih suka lihat secara fizikal, manakala pemasaran online membantu anda capai lebih ramai orang dengan kos yang lebih rendah.

Mulakan dengan banner atau flyers untuk mencipta kesedaran di kalangan penduduk sekitar. Pada masa yang sama, jalankan iklan di Facebook atau Instagram untuk target mereka yang lebih tech-savvy tetapi masih dalam lingkungan umur pelanggan anda.

Dengan cara ini, anda boleh tarik lebih ramai pelanggan dan bina jenama pusat rawatan anda dengan lebih kukuh!

Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.

Ini masanya untuk melakukan perubahan pada bisnes anda.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !