Pekerja Tak Nak KWSP? Majikan Tetap Boleh Kena Penjara

Pekerja Tak Nak Carum KWSP Majikan Boleh Biarkan?
Jawapannya: Tak boleh. Dan ini sebabnya.

Ramai majikan kecil dan sederhana pernah berada dalam situasi ini. Pekerja datang minta satu “Pertolongan” “Boss, tak payah potong KWSP boleh? Nak gaji penuh.”

Bunyi macam permintaan kecil, tapi implikasinya besar.

Hakikatnya, isu KWSP bukan soal setuju atau tidak setuju antara majikan dan pekerja. Ia soal undang-undang.

Caruman KWSP adalah WAJIB.

Di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, setiap majikan yang menggaji pekerja warganegara Malaysia (dan PR) mesti mencarum KWSP. Ini termasuk pekerja kontrak, pekerja sepenuh masa, dan dalam banyak kes pekerja bergaji harian.

Maksudnya, walaupun pekerja secara lisan atau bertulis menyatakan mereka tidak mahu KWSP, majikan tetap tidak boleh ikut.

Persetujuan itu tidak sah di sisi undang-undang.

Ramai majikan tersilap anggap bila pekerja “rela”, maka tanggungjawab terlepas. Sebenarnya, bila berlaku audit atau aduan, pihak KWSP tidak akan salahkan pekerja. Yang akan dipanggil, disiasat dan disaman ialah majikan.

Lebih bahaya, jika majikan tidak memotong dan mencarum:

  • Majikan boleh dikenakan denda
  • Perlu bayar tunggakan caruman
  • Boleh dikenakan penalti lewat bayar
  • Dalam kes serius, boleh berdepan tindakan mahkamah

Semua ini berlaku walaupun niat asal cuma “nak tolong pekerja”.

Kenapa undang-undang tetap mewajibkan caruman?

Kerana KWSP bukan sekadar simpanan biasa. Ia adalah jaring keselamatan jangka panjang pekerja untuk hari tua, kecemasan, dan masa depan. Ramai pekerja muda rasa mereka perlukan duit sekarang, tapi undang-undang diwujudkan untuk melindungi mereka daripada keputusan jangka pendek yang boleh memakan diri di masa depan.

Sebagai majikan, kita bukan sekadar bayar gaji. Kita juga memegang amanah undang-undang.

Apa yang patut majikan buat jika pekerja enggan?

Pertama, jelaskan dengan baik bahawa KWSP adalah kewajipan undang-undang, bukan pilihan. Kedua, pastikan sistem payroll dibuat dengan betul potongan dan caruman berjalan automatik tanpa rundingan individu. Ketiga, dokumentasikan semuanya supaya rekod syarikat sentiasa bersih jika berlaku audit.

Jika pekerja masih berkeras, pendirian majikan perlu tegas tetapi profesional. Lebih baik pekerja tidak puas hati sekarang, daripada syarikat berdepan masalah besar kemudian.

Pekerja tak nak carum KWSP? Majikan tetap WAJIB carum.
Bukan soal nak jaga hati, tapi soal nak jaga syarikat.

Dalam bisnes, patuh undang-undang bukan pilihan. Ia adalah perlindungan.

Jika majikan tak mencarum KWSP, walaupun pekerja kata “tak nak”, tanggungjawab & hukuman tetap jatuh ke atas majikan. Ini yang boleh dikenakan:

1. Denda Kewangan

Majikan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan.

Ini termasuk:

  • Tak daftar majikan dengan KWSP
  • Tak potong caruman pekerja
  • Tak bayar caruman majikan

2. Penjara

Dalam kes serius, majikan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau
denda, atau kedua-duanya sekali.

Biasanya berlaku jika:

  • Sengaja elak caruman
  • Berulang kali ingkar
  • Abaikan notis KWSP

3. Bayar Tunggakan + Penalti

Majikan tetap perlu bayar semua caruman tertunggak, termasuk:

  • Bahagian pekerja
  • Bahagian majikan
  • Dividen yang sepatutnya diterima pekerja
  • Caj lewat bayar (boleh mencecah peratusan tinggi ikut tempoh)

Ini boleh jadi jumlah besar walaupun kesalahan lama.

4. Tindakan Undang-Undang & Saman

KWSP boleh:

  • Keluarkan Notis Tuntutan
  • Bawa kes ke mahkamah
  • Bekukan akaun syarikat
  • Sita aset (dalam kes tertentu)

5. Rekod Syarikat Tercemar

Kesan jangka panjang:

  • Sukar mohon pinjaman bank
  • Risiko gagal audit
  • Reputasi majikan tercalar
  • Masalah bila nak besarkan bisnes

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Tuan Fadhil Rasul, Team Development Specialist bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !