Pecah Rekod Video TikTok FYP Dan Berjaya Jana Sales Dengan Content Organik!
Nama saya Roshila Saufi, atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Shiela. Saya bermula sebagai seorang guru sekolah rendah di SK Pusat Bandar Puchong 1. Seawal usia 21 tahun, saya sudah mula berniaga bukan saja kerana minat, tetapi juga kerana keperluan kewangan dan impian untuk miliki kebebasan masa.
Dari menjual pampers, alat tulis, sehinggalah mengadakan kelas tuisyen kecil-kecilan di rumah, saya cuba pelbagai cara untuk menambah pendapatan. Tetapi, kehidupan sebagai usahawan tidak semudah yang disangka. Saya pernah lalui detik paling mencabar masalah kewangan, anak-anak sakit, dan saya terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan tanpa bilik kosong untuk warded. Saat itu, saya nekad untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada perniagaan tuisyen.
Saya mulakan dengan mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah Tamil secara kecil-kecilan. Kali pertama saya buat kelas sifir, 20 pelajar hadir. Itu memberi keyakinan untuk saya teruskan perjuangan dalam bidang pendidikan.
Namun, walaupun sudah fokus pada perniagaan, saya masih ada cabaran besar takut nak letak harga tinggi untuk kelas saya.
Titik Perubahan: Menyertai FunnelEvo
Selepas saya sertai program Mastermind FunnelEvo, banyak perkara berubah. Saya belajar strategi pemasaran yang lebih berkesan, cara bina keyakinan, dan bagaimana menguruskan perniagaan secara lebih teratur.
Dulu, yuran kelas sehari saya cuma lebih rendah, saya taku untuk naikkan harga. Selepas bimbingan, saya berani naikkan harga untuk dua hari dan kelas masih penuh, alhamdulillah. Permintaan makin tinggi, sampai saya terpaksa tambah kelas tambahan 4 jam lagi. Seramai 40 pelajar mendaftar.
Dalam masa seminggu, pendaftaran termasuk kelas online mencecah 200 murid, dengan kutipan bayaran RM22,000.
Pada 1 Januari 2025, saya adakan Grand Opening ‘Kick Start’. Hasilnya, sehingga 4 Januari, saya berjaya dapat 150 murid untuk pakej bulanan dan 35 murid untuk pakej premium, dengan jualan hampir RM50,000.
Tidak berhenti di situ, saya lancarkan modul digital dan berjaya capai jualan RM22,120 (220 unit) dalam masa sebulan.
Buku kedua saya juga sudah siap dan kini dalam proses penerbitan.
Baru-baru ini, saya buat live selama lebih kurang 3 jam, semua modul sold out sampai saya terpaksa top up stok 3 kali!
Saya percaya, bisnes tanpa ilmu ibarat kapal tanpa arah. Untuk berjaya, kita perlu ada bimbingan, strategi yang jelas, dan keberanian keluar dari zon selesa. Kejayaan saya dalam tempoh singkat ini adalah bukti bahawa strategi yang tepat mampu membawa bisnes pendidikan ke tahap lebih tinggi dan berkembang secara sistematik.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!