Patut Ke Buat Promosi Setiap Bulan? Ini Jawapan Paling Logik Untuk Usahawan

Promosi memang boleh tarik pelanggan. Tapi… kalau terlalu kerap, untung pun makin nipis. Jadi, patut ke buat setiap bulan?

1. Tengok Effort vs Margin

Promosi bulanan memang nampak aktif, tapi cuba kira: berapa tenaga, masa, dan kos iklan yang digunakan? Dan berapa pula margin keuntungan selepas diskaun? Kalau margin makin nipis setiap kali buat promosi, itu petanda strategi anda perlu dirombak.

2. Promosi Terlalu Kerap = Pelanggan Tunggu Diskaun

Bila promosi dibuat setiap bulan, pelanggan akan terbiasa dan hanya beli masa sale. Ini buatkan anda susah nak jual pada harga asal. Lama-lama jenama nampak ‘murah’ dan tak eksklusif.

3. Fokus Pada Kempen Besar yang Beri Pulangan Tinggi

Daripada promosi kecil setiap bulan yang penat tapi hasil tak seberapa, lebih baik susun kempen besar setiap 3–4 bulan. Ini beri masa untuk bina hype, kumpul database, dan hasilkan jualan besar dalam satu masa.

4. Mini-Promo Masih Boleh, Tapi Strategik

Tak bermaksud anda tak boleh buat promosi langsung antara kempen besar. Buat mini-promo ikut musim atau perayaan — contohnya, ‘Promo Ramadan’, ‘Raya Haji Special’, atau ‘Back to School’. Tapi jangan lupa kawal margin dan tetapkan sasaran jelas.

5. Data adalah Panduan Terbaik

Semak data jualan setiap kali buat promosi. Kalau trendnya semakin merugikan, itu petanda strategi perlu ditukar. Jangan ulang kesilapan hanya sebab “dah biasa buat”.

Promosi bulanan tak semestinya salah, tapi kena tengok hasil dan kesannya pada bisnes. Usahawan yang bijak bukan sekadar buat banyak promosi — tapi tahu bila dan bagaimana nak buat promosi yang betul-betul menguntungkan.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !