5 Panduan Lengkap Elak Denda LHDN & Maksimumkan Pelepasan Cukai

Usahawan, Jangan Tunggu Last Minute Urusan e-Filing Boleh Selamatkan Banyak Masalah

Ramai founder terlalu fokus pada sales, operasi, staf dan marketing

Tapi terlupa satu perkara penting

Urus cukai dengan betul.

Bila masuk hujung April hingga Julai setiap tahun, ramai mula panik

  • Dokumen tak lengkap
  • Resit hilang
  • Tak pasti borang mana nak isi
  • Relief cukai tak claim
  • Last minute baru nak login portal MyTax

Masalahnya…

Bila semua buat saat akhir, sistem boleh jadi perlahan, maklumat mudah tersalah isi, dan tekanan jadi berganda.

Kalau silap langkah, implikasinya bukan kecil

  • Penalti lewat hantar
  • Rekod percukaian tak kemas
  • Risiko audit
  • Cashflow syarikat terganggu sebab bayaran cukai tak dirancang awal

1. Kenal Pasti Anda Kategori Mana

Ini paling asas, tapi ramai masih keliru.

Jika anda makan gaji sahaja

Isi Borang e-BE

Tarikh akhir e-Filing:
15 Mei 2026

Jika anda ada pendapatan perniagaan

Contoh:

  • Bisnes sendiri
  • Freelance
  • Consultant
  • Side income commission
  • Ejen insurans / hartanah
  • Online business

Isi Borang e-B

Tarikh akhir e-Filing:
15 Julai 2026

2) Founder Wajib Simpan Rekod Kewangan Dengan Betul

Ramai usahawan hanya tengok

duit masuk bank = untung

Padahal percukaian tengok lebih daripada itu.

Antara dokumen yang patut sentiasa ready:

  • Sales report
  • Invois
  • Rekod perbelanjaan operasi
  • Payroll / gaji staf
  • KWSP / PERKESO / PCB
  • Statement bank
  • Resit software / subscription
  • Rekod asset syarikat

Kalau rekod bersepah…

masa isi cukai nanti memang pening.

3) Jangan Lepaskan Pelepasan Cukai Yang Layak

Ramai founder overpay tax sebab tak claim apa yang patut.

Contoh kategori pelepasan yang biasa orang terlepas:

  • pendidikan diri
  • peralatan kerja tertentu
  • insurans / takaful
  • caruman persaraan tertentu
  • perbelanjaan perubatan tertentu
  • anak / keluarga
  • gaya hidup yang layak dituntut

Setiap tahun syarat dan had boleh berubah.

Semak senarai pelepasan rasmi LHDN sebelum submit.

4) Founder Kena Treat Tax Macam SOP Bisnes

Jangan buat tax macam kerja bermusim.

Bina sistem:

Bulanan
→ update bookkeeping

Quarterly
→ semak profit & liability cukai

Tahunan
→ filing lebih awal

Bila sistematik:

cukai tak jadi beban besar.

5) Ingat Compliance Pun Sebahagian Daripada Leadership

Founder yang hebat bukan sekadar pandai buat sales. Mereka juga pandai urus

  • Kewangan
  • Compliance
  • Risiko
  • Cashflow
  • Dokumentasi

Bisnes besar dibina atas sistem yang kemas. Bukan atas “nanti saya settle”. Kalau e-Filing boleh siap dalam 15–30 minit, buat sekarang.

Jangan tunggu sampai sistem sibuk, dokumen hilang, atau baru nak panik hujung tarikh.

Kerana dalam bisnes:

yang mahal bukan cukai.
Yang mahal ialah kecuaian.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !