Orientasi Staf Baru: Kenapa Bulan Pertama Penentu Mereka Jadi Aset atau Liabiliti

Orientasi Bulan Pertama Penentu Staf Jadi Aset atau Liabiliti.

Ramai majikan rasa bulan pertama cuma masa untuk kenal nama, hafal prosedur asas, dan ajar kerja sikit-sikit. Sebenarnya… bulan pertama adalah tempoh kritikal yang menentukan sama ada staff baru akan jadi aset berharga atau liabiliti yang menyusahkan

Sebagai majikan, kita sedang pegang tanah baru dibajak. Kalau kita tabur benih yang betul, baja secukupnya, dan jaga dari awal, hasilnya akan subur. Tapi kalau kita biarkan kering, tak peduli, dan berharap dia “pandai-pandai sendiri”… tunggulah, kita sedang tanam masalah yang akan membiak.

Kenapa orientasi bulan pertama sangat penting?

1. Masa Staf Bentuk ‘Default Setting

Dalam 30 hari pertama, staf baru sedang tentukan cara mereka bekerja, berfikir, dan berinteraksi dalam syarikat. Kalau dari awal mereka nampak semua orang ikut disiplin, SOP jelas, dan bos peka mereka akan terbiasa ikut standard itu.

2. Membina Rasa Kepunyaan (Ownership)

Staf yang faham hala tuju syarikat dari awal akan rasa mereka sebahagian daripada misi itu. Bila rasa ‘ini juga syarikat aku’ dah ada, mereka akan bertindak seperti pemilik, bukan sekadar pekerja.

3. Menapis Yang Tak Sesuai Lebih Awal

Orientasi bulan pertama juga jadi masa untuk kita lihat siapa yang betul-betul boleh adaptasi. Daripada tunggu 6 bulan baru sedar silap pilih orang, lebih baik kenal pasti awal. 

4. Elak Kos & Drama Kemudian Hari

Staf yang tak dibimbing dari awal akan cipta “cara sendiri” yang kadang-kadang bercanggah dengan budaya syarikat. Akhirnya, kita terpaksa buang masa, tenaga, dan duit untuk betulkan kesilapan mereka.

Orientasi bukan sekadar sesi suai kenal. Ia adalah pelaburan. Pelaburan masa, tenaga, dan perhatian untuk pastikan staff baru menjadi aset yang membina, bukan liabiliti yang memusnahkan.

Jangan pandang ringan bulan pertama. Kalau kita gagal bentuk mereka sekarang, kita yang akan bayar harga nanti dalam bentuk masa terbuang, prestasi merosot, dan budaya kerja yang rosak. 

Nak belajar lagi ilmu menjadi majikan?

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !