Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

“Orang lain buat bisnes UNTUNG RM1 juta, tetapi saya HUTANG RM1 Juta…”

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Itulah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Puan Saira apabila bisnes katering dan dewan kahwin beliau tidak dapat beroperasi seperti biasa ketika dalam tempoh pandemik yang lepas!

Inilah dugaan Puan Saira Yusuff, Founder Buku Checklist Amalan by Puan Saira yang dulunya mempunyai perniagaan yang sangat maju. Selepas daripada kejatuhan bisnes tersebut, Puan Saira dan suami mengambil masa hampir 6 bulan untuk bangunkan bisnes baru.

Mereka cuba mencari diri sebab ketika itu buat bisnes apa pun tak jadi. Daripada situ, mereka mula dengan tahajjud walaupun jarang buat, beliau dan suami kuatkan semangat untuk bertahajjud setiap setiap hari.

Selepas lakukan tahajjud, Puan Saira terdetik untuk jadikan tahajjud ini sebagai satu amalan bukan untuk mereka sahaja, tetapi untuk orang lain juga.

Mula dengan satu group WhatsApp, permulaan hanya ada dalam 10 orang sahaja. Itupun semua kenalan beliau untuk kejutkan bangun tahajjud. Hari demi hari, group tersebut semakin bertambah sehinggalah tercipta 1 group Facebook “Geng Tahajjud 5 Pagi” yang kini dah ada 106,000 orang yang turut serta di dalam group itu. Permulaan cuma ingin berkongsi sahaja, tetapi diatas permintaan yang nak Puan Saira berkongsi amalan harian beliau, maka terciptalah Buku Checklist Amalan by Puan Saira. Beliau tekad untuk berguru dengan orang supaya boleh berikan guide yang betul untuk bisnes beliau.

Alhamdulillah, mula berjumpa dengan Tuan Fahdi dan merisik ingin menjadi salah seorang President Circle FunnelEvo. Sedikit demi sedikit, Allah lorongkan rezeki yang tak disangka-sangka daripada dulunya bisnes drop, dengan hasil jualan Buku Checklist Amalan ini sehingga boleh mencapai lebih RM4.9 juta pada tahun 2021. Tahniah Puan Saira!

Betulkan, dalam hidup ni, jika kita dahulukan Allah, memang Allah akan bantu. Jadi, nak buat sesuatu, niat kerana Allah. Insya Allah dipermudahkan urusan kita.

Gambar bersama ejen-ejen yang mempunyai semangat yang tinggi di Seminar EVOLUSI pada November 2022.
Sesi perkongsian Puan Saira di Seminar EVOLUSI Founder Edisi Grow Sales Bisnes Puasa & Raya di iDCC, Shah Alam bersama Tuan Haris (kiri) sebagai emcee.

Alhamdulillah, tidak sampai 2 bulan pada tahun 2023 sales Puan Saira berjaya hit jualan RM625 ribu.

Ini perkongsian Puan Saira di Seminar Evolusi

“Tuan Fahdi Ghazali merupakan seorang guru yang tegas, beliau nampak jalan yang perlu kita lalui tetapi biasalah kita pelajar degil guru suruh buat kita tak buat.”

Apa yang Puan Saira buat betul sehingga berjaya capai jualan 7 angka?
 
1. Berani Buat Keputusan
Setiap perjalanan seorang hambaNya adalah berbeza jatuh bangun yang penting kita berani untuk buat keputusan dan tindakan. Seorang founder akan selalu berada di situasi yang perlu buat keputusan walaupun pahit.
 
2. Sentiasa Belajar Dan Upgrade Ilmu.
Kenapa pilih untuk terus belajar? Sebab makin kita belajar makin banyak ilmu baru yang akan kita dapat. Beliau tidak pernah berhenti belajar.
 
3. Sentiasa Mencari Peluang
Di dalam setiap masala pasti ada peluang. Setelah beliau mengeluarkan Buku Challenge 7 Hari Checklist Amalan ada permintaan untuk 30 Hari Checklist Amalan Rezeki. Jadi beliau mengambil permintaan ini sebagai satu peluang.
 
Nasihat Puan Saira kepada usahawan :

“Hidup ini tak lama… Tak mungkin kita nak tinggalkan hutang kepada waris kita? Nasihat saya, jangan buat kesilapan yang saya buat. Jangan lah dapat negatif RM1 juta seperti saya dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi.”

Kesimpulannya, nak berjaya ini tidak mudah. Apa yang usahwan perlu berpegang pada 2 perkara.

Pertama berhenti bercakap dan mulakan tindakan. Yes, betul saya pernah gagal namun kegagalan tidak akan menjatuhkan diri kita sekiranya betul-betul nekad untuk berjaya.

Yang kedua, kalau jatuh 7 kali Bangun 8 kali. Jangan pernah rasa give up!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!