Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Pening Nak Guna Objektif Mana Untuk Iklan Facebook Anda? Cuba Baca Ni..

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Jika anda seorang usahawan atau peniaga yang sudah biasa iklankan produk/servis anda dengan menggunakan platfdorm Facebook Ads, anda pasti akan perasan beberapa objektif iklan yang ada ketika anda ingin menghasilkan iklan.

Contoh seperti di dalam gambar dibawah ini ;

Tetapi isu dan persoalan yang sering timbul adalah, objektif iklan mana yang patut dan sesuai untuk digunakan?

Betul kan?

Baiklah… Dalam artikel kali ini, saya akan terangkan kepada anda berkaitan “5 Jenis Objektif FB Ads” yang mungkin membantu anda untuk digunakan.

#1. Brand Awareness

Jika anda menggunakan objektif iklan ini, Facebook akan cuba untuk mencari dan hantarkan kepada orang yang akan habiskan lebih masa untuk melihat dan membaca iklan anda.

Objektif iklan jenis ini adalah supaya orang sedar dan ingat akan kewujudan brand anda.

Anda akan kenakan caj per impression untuk objektif iklan ini.

#2. Reach

Untuk objektif iklan ini, Facebook akan cuba hantarkan iklan anda kepada seberapa ramai @ semaksimum orang supaya nampak iklan tersebut.

Anda boleh kawal atau ubah frequency cap (kadar kekerapan) untuk orang lihat iklan anda.

Sama seperti brand awareness, anda akan dikenakan caj per impression.

Objektif iklan jenis ini sesuai jika anda gunakan sebagai buzz marketing jika anda ingin melancarkan sesuatu produk/servis baru ataupun promosi tertentu.

#3. Traffic

Untuk objektif iklan ini pula, Facebook akan fokuskan iklan anda kepada orang yang biasa klik LINK di dalam Facebook.

Contoh link adalah seperti link ke Website, Whatsapp, Messenger atau Canvas.

Tujuan objektif iklan ini adalah untuk bawa prospek masuk ke tempat link tersebut.

Anda akan dikenakan caj per impression (default) atau anda boleh pilih untuk tukar kepada caj per link click (CPC).

Objektif iklan jenis ini amat sesuai untuk tujuan retargeting.

#4. Engagement

Objektif iklan jenis ini sangat popular dan biasa digunakan oleh majoriti orang terutama di Malaysia.

Iklan jenis engagement ini, Facebook akan hantarkan iklan anda kepada mereka yang suka ber ‘engage’ di dalam Facebook.

Engage disini bermaksud seperti Like, Komen, Share atau klik pada gambar.

Facebook akan kenakan caj kepada anda dengan cara per impressions.

Jika anda gunakan objektif iklan jenis ini, biasanya iklan anda akan nampak ‘hebat’ dan meningkatkan social proof bila dapat lebih banyak engagement.

#5. Video Views

Kalau anda hasilkan iklan menggunakan video, Facebook biasanya akan syorkan supaya anda menggunakan objektif iklan jenis Video Views.

Objektif iklan jenis Facebook akan hantarkan iklan anda kepada orang yang suka atau selalu habiskan masa menonton video-video di Facebook.

Satu kelebihan Video Views adalah anda boleh pilih untuk dikenakan caj bila orang tonton video anda selama 10 saat (10-Second Video View).

#KESIMPULAN

Jadi apa objektif iklan yang terbaik?

Semestinya jawapannya adalah, ia bergantung pada apa objektif yang anda nak capai daripada iklan yang anda jalankan itu.

Dan jangan lupa kalau anda nak tengok perbezaan setiap objektif iklan yang dijalankan, anda haruslah jalankan SPLIT TEST untuk lihat iklan yang manakah memberikan result yang lebih bagus.

Jika anda inginkan rujukan yang lebih lanjut, anda boleh baca garis panduan berkenaan objektif iklan yang disediakan oleh pihak Facebook sendiri.

KLIK SINI UNTUK BACA.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan bisnes anda yang lain okay?

=)

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !