IMG_3815

Nak Semua Prospek Nampak Iklan Facebook Anda? Ini Caranya…

Jika anda seorang yang biasa dengan FB Ads, mesti anda perasan dengan meter ‘potential reach’ ni kan?

Tapi tahukah anda, bila iklan Facebook itu dijalankan, iklan anda tak akan sampai kepada semua audience tersebut?

Katakan potential audience seperti gambar di atas ada 120,000 orang, tapi apabila anda run iklan, biasanya dapat sampai sekitar 60,000 ke 70,000 orang sahaja.

Apa yang jadi dengan baki lagi 30,000 ke 40,000 orang?

Cuba anda lihat, biasanya apabila iklan Facebook anda dah mencecah kepada 60,000 ke 70,000, anda akan perasan cuma frequency sahaja yang akan meningkat.

Apa itu frequency?

Frequency adalah kekerapan seseorang audience melihat iklan Facebook anda.

Bila orang yang sama dah banyak kali melihat iklan Facebook anda, tapi masih tidak ada respon, anda adalah masalah yang dipanggil ‘Ads Fatigue’. Dan inilah antara sebab kenapa kos iklan Facebook anda meningkat menjadi makin mahal.

Jadi, apa penyelesaian kepada masalah ini?

Apa yang saya boleh sarankan adalah, anda perlu “pelbagaikan objektif iklan” anda dengan target yang sama.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan objektif iklan Facebook seperti ;

  • Engagement
  • Video views
  • Traffic
  • Messages

Kenapa perlu pelbagaikan objektif iklan?

Ok, jika anda gunakan objektif Engagement untuk iklan Facebook anda, Facebook akan optimize kan iklan anda kepada orang yang suka ber ‘engage’ iaitu komen, like, share & klik.

Tapi bukannya semua behaviour audience di Facebook suka ber ‘engage’.. setuju?

Ada juga mereka yang lebih suka tengok video, suka membaca info di website atau lebih suka berinteraksi melalui Messenger.

Sebab itu anda perlu harus cuba menggunakan objektif iklan Facebook yang berlainan, supaya Facebook boleh sampaikan iklan anda kepada audience sasaran anda mengikut behaviour masing-masing..

Kesimpulan ;

Daripada anda menaikkan bajet iklan untuk memaksimunkan capaian FB Ads, adalah lebih baik untuk anda menjalankan beberapa kempen iklan Facebook dengan berlainan objektif seperti di atas.

InsyaAllah lebih berhasil..

Selamat mencuba! =)

SHARE KEPADA RAKAN:

2 thoughts on “Nak Semua Prospek Nampak Iklan Facebook Anda? Ini Caranya…”

  1. Husna Iwani Binti Abdul Haris

    Alhamdulillah dapat berguru dengan Tuan Fahdi Ghazali dan team FunnelEvo. Semoga saya dapat menjadi salah seorang team FunnelHacker dan berjaya dalam bisnes-bisnes. Ilmu yang sangat bermanfaat dan mendalam. Jazakumullahu khayran kathira.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru