Ramai founder sebenarnya ada niat baik bila nak naikkan staf jadi manager. Selalunya sebab staf tu lama bekerja, rajin, dan nampak boleh diharap. Tapi masalah mula timbul bila keputusan besar ini dibuat ikut rasa, bukan ikut sistem. Bila jadi macam tu, jawatan yang sepatutnya meringankan beban founder akhirnya jadi punca stres baru.
1. Jangan Naik Ikut Rasa, Naik Ikut Sistem
Naikkan staff ke posisi manager bukan sekadar tukar gelaran. Ia bermaksud tukar tanggungjawab, cara berfikir dan tahap akauntabiliti. Sebab itu, cara paling selamat ialah dengan menggunakan sistem interim, bukan terus sahkan jawatan.
2. Tetapkan Tempoh Interim 3 Bulan (Macam Probation)
Tempoh interim yang sesuai biasanya sekitar tiga bulan. Konsepnya sama seperti probation. Dalam tempoh ini, staf tersebut diberi peluang untuk mencuba peranan sebagai manager, manakala syarikat pula menilai sama ada dia benar-benar mampu memikul tanggungjawab tersebut. Tiga bulan selalunya cukup untuk nampak sama ada dia boleh buat keputusan, urus orang, dan jaga operasi tanpa perlu founder sentiasa masuk campur.
3. Sediakan JD & KPI Baru Bertulis, Bukan Cakap Mulut
Satu kesilapan besar yang selalu berlaku ialah bila naikkan staf, tapi kerja dan KPI masih kabur. Semua hanya diberitahu secara lisan. Akhirnya bila prestasi tak capai expectation, masing-masing mula salah faham. Sebab itu, bila jawatan berubah, Job Description dan KPI juga mesti berubah, dan semuanya perlu bertulis. Bila jelas apa yang diukur, barulah penilaian adil dan profesional.
4. Naik Allowance Interim (Contoh RM500)
Dalam tempoh interim ini juga, wajar untuk beri sedikit ganjaran tambahan. Contohnya menaikkan allowance RM500 sebagai tanda tanggungjawab baru yang dipikul. Ini penting dari segi psikologi. Staff rasa dihargai, tetapi pada masa yang sama faham bahawa jawatan tersebut masih belum disahkan sepenuhnya. Kalau prestasi baik, jawatan boleh disahkan. Kalau tidak, jawatan boleh ditarik semula tanpa rasa bersalah atau drama.
5. Buat Sesi Umum Founder Serah “Topi” Depan Team
Satu langkah yang sering dipandang remeh tetapi sangat penting ialah pengumuman rasmi kepada team. Founder perlu buat sesi umum dan memperkenalkan manager interim tersebut secara terbuka. Serahkan “topi” kepimpinan di hadapan team supaya semua orang jelas siapa yang memegang peranan tersebut. Bila ini dibuat, team lebih mudah menghormati keputusan manager dan kurang isu mempertikai arahan.
Naikkan staf jadi manager bukan soal kesetiaan atau kasihan. Ia soal sistem dan kelangsungan bisnes. Interim bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi untuk memastikan orang yang betul berada di tempat yang betul. Bila proses ini dibuat dengan jelas dan berstruktur, founder lebih tenang, team lebih tersusun dan bisnes boleh bergerak ke tahap seterusnya tanpa bergantung sepenuhnya pada owner.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Tuan Fadhil Rasul, Team Development Specialist bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
