Mulai 1 Januari 2026, Semua Kontrak Pekerja Wajib Distem – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan bahawa semua kontrak antara majikan dan pekerja wajib distemkan mulai 1 Januari 2026, selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Dalam kenyataan rasmi, LHDN memaklumkan bahawa mereka telah memulakan audit duti setem secara menyeluruh di seluruh negara sejak Januari 2025, berdasarkan pelaksanaan Rangka Kerja Audit Duti Setem (RKADS).

Penemuan Utama:

Antara perkara penting yang ditemui dalam audit tersebut ialah ramai majikan tidak stemkan kontrak pekerjaan seperti yang diwajibkan di bawah Item 4, Jadual Pertama, Akta Setem 1949. Duti setem bagi kontrak pekerjaan adalah sebanyak RM10.

Sumber : Harian Metro

Pengecualian dan Peremitan Duti Setem:

Untuk membantu majikan, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat beberapa keputusan penting:

  1. Kontrak yang dimuktamadkan sebelum 1 Januari 2025:
    • Dikecualikan dari duti setem.
    • Berdasarkan kuasa Menteri Kewangan di bawah subseksyen 80(1A) Akta Setem 1949.
  2. Kontrak yang dimuktamadkan antara 1 Januari hingga 31 Disember 2025:
    • Perlu distemkan dan dikenakan duti setem RM10.
    • Namun, penalti lewat stem akan dimaafkan, dengan syarat ia distemkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.
    • Berdasarkan kuasa Pemungut Duti Setem di bawah subseksyen 47A(2) Akta Setem 1949.
  3. Kontrak yang dimuktamadkan mulai 1 Januari 2026:
    • Wajib distem dan akan dikenakan penalti jika lewat.
    • Majikan perlu pastikan kontrak disetem tepat pada waktunya bagi elak denda.

Nasihat LHDN kepada Majikan:

LHDN menggesa semua majikan supaya segera:

  • Semak semua kontrak pekerjaan sedia ada.
  • Kemas kini kontrak yang baru.
  • Pastikan semua kontrak mematuhi keperluan penyeteman di bawah Akta Setem 1949.

Langkah ini penting untuk elakkan masalah di masa depan dan mematuhi undang-undang.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !