Bayangkan ini. Anda seorang guru biasa yang mengajar dalam kelas seperti seribu guru lain di Malaysia. Kemudian dalam tempoh beberapa tahun sahaja, 3 juta orang mula follow anda. Video anda tersebar ke seluruh Asia Tenggara. Pelajar berebut untuk masuk ke kelas anda. Anda membina studio sendiri.
Kedengarannya seperti mimpi yang mustahil? Tapi bagi Miss Qiwiie, ini adalah realiti yang beliau cipta sendiri.
Yang paling menarik? Kejayaan beliau bukan datang daripada background istimewa, strong connection, atau lucky break. Ia datang daripada strategi yang sesiapa sahaja boleh pelajari dan aplikasikan dalam kehidupan mereka.
Dalam episod BuatSaja Podcast yang penuh dengan kejujuran, Miss Qiwiie membuka tirai dan mendedahkan formula sebenar di sebalik kejayaan viralnya.
Dari keputusan berani yang mengubah trajectory hidup, teknik classroom management yang genius, sehingga parenting wisdom yang membuat host podcast sendiri terdiam kagum.
Mari kita bongkar 6 rahsia yang mentransformasi Miss Qiwiie daripada seorang guru biasa kepada content creator paling berpengaruh dalam bidang pendidikan di Malaysia.

1. Beliau Tinggalkan Gaji Tetap di Amerika Untuk Ambil Internship Tanpa Jaminan
Ini mungkin keputusan paling berani yang pernah dibuat oleh Miss Qiwiie. Meninggalkan kerja tetap sebagai guru di Amerika untuk pulang ke Malaysia tanpa sebarang jaminan masa depan.
“Saya sedar saya tak boleh berkembang kat sana,” jelas beliau dengan jujur.
Sebagai foreigner di Amerika Syarikat, peluang untuk maju dalam kerjaya sangat terhad. Gaji? Okay. Kehidupan? Stabil. Insurance? Lengkap. Segala-galanya kemas dan teratur.
Namun terdapat satu masalah yang tidak dapat diabaikan. Beliau tahu beliau mampu untuk mencapai lebih daripada sekadar bare minimum.
Apa yang beliau buat? Pulang ke Malaysia. Mengambil internship dengan YB Hannah Yeoh, jawatan entry level yang tidak menjamin apa-apa career path. Memasuki bidang politik dan pentadbiran yang sama sekali bukan background beliau.
Ramai yang mengatakan beliau membuat keputusan yang gila.
“Dah dapat kerja bagus kat US, balik buat apa? Internship? Lepas graduate? Buang masa je!”
Tetapi Miss Qiwiie melihat sesuatu yang tidak dilihat oleh orang lain. Kadang-kala pilihan yang paling ‘selamat’ sebenarnya adalah pilihan paling berisiko untuk pertumbuhan jangka panjang.
Kerja di Amerika itu adalah dead end. Selesa, tetapi tetap dead end. Pulang ke Malaysia dengan ketidakpastian? Menakutkan, ya. Tetapi ia membuka pintu-pintu yang tidak pernah beliau bayangkan sebelum ini.
Kerja pentadbiran memang bukan untuk beliau. Beliau mengakui secara terus-terang. Itu bukan kekuatan beliau. Tetapi pengalaman internship tersebut membawa beliau kepada peluang mengajar yang akhirnya membuka pintu ke dunia content creation.
Kenapa Ini Penting?
Lesson yang brutal tetapi penting. Jika anda merasakan diri anda stuck dalam ‘kestabilan’, anda mungkin sedang memperdagangkan potensi jangka panjang untuk keselesaan jangka pendek.
Fikirkan, berapa ramai orang yang kekal dalam pekerjaan yang tidak memuaskan hati kerana takut untuk mengambil risiko? Berapa ramai yang mengorbankan impian kerana gaji tetap ‘sekurang-kurangnya secure‘?
Miss Qiwiie membuktikan bahawa risiko yang dikira dengan visi yang jelas jauh lebih berharga daripada keselamatan palsu tanpa pertumbuhan.
Ini adalah risiko yang dikira. Beliau tidak sekadar quit dan berharap yang terbaik.
Pulang ke Malaysia adalah keputusan berani kerana beliau melihat potensi untuk berkembang dalam persekitaran yang lebih beliau fahami. Internship itu dipilih kerana ia memberinya peluang mempelajari sesuatu yang sama sekali baru.
Soalan untuk anda renungkan. Apakah yang anda korbankan demi ‘keselamatan’? Dan adakah keselamatan itu benar-benar nyata, atau sekadar ilusi?
2. Beliau Belajar Video Editing 10 Tahun Sebelum Menggunakannya Untuk Content
Apabila orang bertanya kepada Miss Qiwiie bagaimana video beliau begitu polished, begitu menarik, dan begitu berbeza daripada guru-guru lain. Beliau berkongsi sesuatu yang tidak dijangka.
Mula belajar video editing sejak berumur 14 tahun.
Bukan untuk TikTok. Bukan untuk menjadi content creator. Kerana pada masa itu TikTok pun belum wujud lagi.
“Saya tengok video Ryan Higa terangkan macam mana dia edit. Kemudian saya sedar, ‘oh, ini strategi yang dia guna.’ Melekat dalam kepala je,” kongsi beliau.
Beliau belajar cuts, transitions, pacing, comedic timing. Semua ini bertahun-tahun sebelum beliau benar-benar menggunakannya untuk menghasilkan kandungan sendiri. Pembelajaran yang murni didorong oleh rasa ingin tahu. Minat yang tulen.
Fast forward lebih 10 tahun kemudian. TikTok meletup. Semua orang mula mencipta content. Ramai yang bergelut kerana terpaksa mempelajari editing dari awal.
“Saya ingat semua yang saya tengok. Saya rasa itulah yang bantu saya stand out.”
Beliau sudah mempunyai kelebihan 10 tahun. Bukan kerana perancangan strategik, tetapi kerana beliau melabur dalam pembelajaran demi pembelajaran itu sendiri.
Kuasa Pembelajaran Tanpa ROI
Ini adalah konsep yang masyarakat kita jarang menghargai. Pembelajaran tanpa immediate ROI.
Kita sentiasa dimomokkan dengan mesej seperti ‘learn skills that make money’, ‘practical skills only’, ‘apa gunanya benda tu?’
Tetapi realitinya? Kemahiran paling berharga sering datang daripada minat random yang kita kejar tanpa hidden agenda.
Steve Jobs tidak mengambil kelas kaligrafi kerana mahu merevolusikan computing. Beliau mengambilnya kerana menarik. Bertahun-tahun kemudian, ia menjadi asas untuk tipografi yang cantik dalam Mac.
Bill Gates tak mengekod untuk keseronokan kerana mahu menjadi jutawan. Beliau mengekod kerana terpesona dengan komputer.
Miss Qiwiie tidak belajar editing kerana career plan. Beliau belajar kerana ingin tahu.
Minat tulen → Pembelajaran mendalam → Aplikasi tidak dijangka → Kelebihan besar-besaran.
Practical Takeaway
Apakah yang anda ingin tahu sekarang yang kelihatan ‘tiada kegunaan praktikal’? Photography? Psychology? Music theory? Design? Animation?
Belajar sahaja. Luangkan 30 minit seminggu. Jangan mengharapkan payoff segera. Percayalah bahawa di suatu tempat dalam perjalanan hidup, 5 atau 10 tahun akan datang, pengetahuan itu akan menjadi senjata rahsia anda.
Anda tidak boleh menghubungkan titik-titik sambil memandang ke hadapan. Hanya apabila melihat ke belakang.
3. Teknik Classroom Management Yang Menukar Disiplin Jadi Permainan
“Saya sangat strict dalam kelas”
Ramai yang mengikuti beliau terkejut. Dalam video beliau kelihatan fun, chill, dan mesra sahaja dengan pelajar.
Tetapi inilah genius move beliau. Beliau membuktikan bahawa strict dan fun bukan dua perkara yang bertentangan. Kedua-duanya boleh wujud bersama.
Pendekatan tradisional kepada disiplin. Marah. Jerit. Ugut. Buat budak-budak takut.
Hasilnya? Budak-budak sama ada menjadi rebellious atau mematuhi kerana takut. Bukan kerana hormat atau pemahaman.
Pendekatan Miss Qiwiie? Sama sekali berbeza.
“Okay guys, siapa paling senyap menang! Let’s make it a competition.”
Ayat yang mudah. Impak yang besar.
Tiba-tiba, ia bukan lagi ‘cikgu paksa kita diam’. Ia menjadi ‘kita semua bersaing untuk menang’.
Hasil yang sama (quiet class), psikologi yang sama sekali berbeza.
Kenapa Ini Berkesan
“Semua orang nak menang, kan? Kalau anda jerit je, pelajar sama ada jadi marah atau tak peduli pasal awak. Tapi kalau buat game, mereka engage.”
Ini adalah pemahaman yang cemerlang tentang psikologi manusia terutamanya psikologi kanak-kanak.
Budak-budak (and adults too, sejujurnya) bertindak balas dengan jauh lebih baik kepada motivasi positif berbanding akibat negatif.
Apabila anda menjerit ‘DIAM!’ anda cetuskan ini.
- Tindak balas ketakutan
- Kebencian
- Pergaduhan kuasa
- Pemberontakan
Apabila anda berkata ‘Let’s see who can be quietest!’ anda cetuskan.
- Semangat kompetitif
- Disiplin kendiri
- Ownership
- Intrinsic Motivation
Matlamat yang sama. Jauh berbeza dalam pelaksanaan dan hasil jangka panjang.
Di Luar Bilik Darjah
Dan inilah yang lebih menarik. Ini berfungsi di mana-mana sahaja, bukan hanya dalam bilik darjah.
In workplace. Daripada ‘deadline ni kena siap or else‘, cuba ‘jom challenge diri kita untuk siapkan ini sebelum Jumaat, team record 3 hari, rasa boleh beat tak?’
In parenting. Daripada ‘kemas bilik sekarang!’, cuba ‘timer 10 minit. Boleh kemas sebelum alarm berbunyi tak? Jom berlumba!’
Personal goals: Daripada “kalau tak workout hari ni saya failure“, cuba “30-day challenge – berapa hari berturut-turut boleh kekalkan?”
Miss Qiwiie menunjukkan bahawa disiplin melalui engagement menewaskan disiplin melalui ketakutan. Setiap. Masa.
Ditambah pula, bonus effect. Budak yang belajar disiplin kendiri melalui positive reinforcement akan membawa kemahiran itu sepanjang hayat. Budak yang didisiplinkan melalui ketakutan? Apabila tiada authority figure, disiplin hilang.
Pro tip praktikal. Lain kali anda mahu seseorang melakukan sesuatu, sebelum anda memerintah atau mengugat, tanya diri anda. Bagaimana nak frame ini sebagai cabaran atau permainan?
Kreativiti dalam pembingkaian boleh mengubah pematuhan menjadi kolaborasi.
4. Content Terbaik Datang Daripada Keaslian, Bukan Perancangan
“Saya tak pernah plan nak jadi teaching content creator. Ia just berlaku secara semula jadi.”
Video pertama yang menjadi viral? Video spontan tentang perjalanan balik kampung semasa COVID. Not scripted. Tidak dirancang. Hanya emosi tulen seseorang yang merindui rumah.
Berkongsi detik-detik mengajar di dalam kelas? Bukan kerana content strategy. Kerana beliau benar-benar menyukai pengajaran dan ingin berkongsi kegembiraan itu.
Dan ini adalah paradox yang ramai content creators bergelut untuk fahamkan. Semakin banyak anda cuba mengawal dan menyempurnakan segala-galanya, semakin kurang autentik ia terasa.
The Authenticity Paradox
Fikirkan tentang kandungan yang terlalu over-produced yang anda layari tanpa henti. Segala-galanya sempurna. Pencahayaan sempurna. Script sempurna. Penyampaian sempurna.
Tetapi entah bagaimana… tanpa jiwa.
Sekarang fikirkan tentang kandungan yang membuat anda berhenti scrolling. Biasanya bukan yang paling polished. Ia adalah yang paling real. Yang membuat anda rasa ‘wah orang ni macam saya je’. Yang relatable.
Kandungan Miss Qiwiie berfungsi kerana beliau tidak cuba menjadi content creator yang sempurna. Beliau sekadar menjadi diri sendiri tapi seorang guru yang penuh semangat, yang prihatin, yang tulen.
Perasaan terujanya tentang sesuatu terpancar nyata. Begitu juga kekecewaan yang tidak dapat disembunyikan. Dan bila beliau bangga dengan pelajar, anda seolah-olah turut merasakannya.
Keaslian itu tidak boleh dipalsukan. Tidak boleh scripted. Tidak boleh dihasilkan secara buatan.
Lesson Untuk Content Creators
Lesson penting untuk sesiapa yang mencipta apa-apa sahaja content, perniagaan, seni, apa sahaja.
Berhenti cuba menjadi apa yang anda fikir orang mahu lihat. Mula menjadi apa yang anda sebenarnya.
Keanehan anda? Simpan. Kekurangan anda? Tunjukkan. Reaksi tulen anda? Kongsikan.
Kerana dalam dunia kesempurnaan yang ditapis, keaslian sebenarnya adalah benda paling jarang dan paling berharga.
Orang tidak mengikuti kesempurnaan. Orang tertarik pada personaliti. Keaslian membuat mereka terus terhubung. Pada akhirnya, mereka mengikuti manusia yang benar-benar menjadi diri sendiri.
Miss Qiwiie dengan 3 juta subscribers membuktikan bahawa koneksi mengalahkan kesempurnaan.
Aplikasi Praktikal
- Post content ‘tidak sempurna’ yang anda telah simpan
- Kongsikan detik-detik tulen, bukan hanya highlights
- Biarkan personaliti anda bersinar. Jangan bersembunyi di sebalik topeng ‘profesional’
- Kerentanan > polish
Bila kali terakhir anda mencipta sesuatu yang benar-benar autentik tanpa menapis melalui ‘will this look good?’ atau ‘apa orang akan fikir?’
5. Beliau Kekal Rendah Hati Walaupun Mempunyai 3 Juta Subscribers
“No wonder anda datang sorang”
Kebanyakan tetamu datang dengan PA. Manager. Assistant. Seluruh entourage.
Miss Qiwiie? Solo. Hanya dirinya sendiri.
“Saya ada team, tapi mereka sibuk dengan kerja lain yang lebih penting. Saya boleh handle ini sendiri. Mereka fokus pada apa yang lebih bermakna.”
Penjelasan yang mudah. Implikasi yang mendalam.
Faktor Kerendahan Hati
Mentaliti ini jarang dalam dunia influencer. Biasanya apabila orang sudah mendapat kemasyhuran, perkara pertama yang berlaku adalah ego mengembang.
Tiba-tiba perlukan orang mengikut ke mana-mana. Perlukan layanan istimewa. Perlukan pengesahan daripada saiz entourage.
Imej menjadi lebih penting daripada substans. Penampilan lebih kritikal daripada keupayaan.
Miss Qiwiie dengan 3 juta subscribers? Sepenuhnya grounded.
Beliau faham
- Team ada kerja lebih berharga daripada mengikut beliau ke mana-mana
- Beliau mampu mengendalikan perkara secara independently
- Tidak perlu entourage untuk membuktikan nilai
- Aksesibiliti adalah kekuatan, bukan kelemahan
Ini adalah kualiti jarang yang menentukan kejayaan jangka panjang. Kerendahan hati.
Kenapa Kerendahan Hati Penting
Sejarah penuh dengan kisah peringatan.
- Selebriti yang mengelilingi diri dengan yes-men, kehilangan hubungan dengan realiti
- Usahawan yang mempercayai hype sendiri, membuat keputusan bencana
- Pemimpin yang membina personality cult, gagal dengan spektakuler
Kenapa? Kerana saat anda fikir anda terlalu penting untuk melakukan perkara asas sendiri, anda telah kehilangan plot.
Miss Qiwiie masih mengajar kelas biasa. Beliau terus mengedit video sendiri, sambil kekal terlibat secara langsung dengan pelajar dan followers. Keakraban beliau membuatkan sesiapa pun mudah mendekati beliau.
Itu bukan kelemahan. Itu kekuatan.
Kekuatan untuk kekal autentik. Kemampuan menolak pengembangan ego. Dan yang paling penting, keupayaan untuk sentiasa ingat asal-usul perjalanan sendiri.
Nak tahu rahsia & tips Miss Qiwiie? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!
Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!
