PROGRAM AMAZING FOUNDER — GROW BISNES LEBIH LAJU MEI 2025 BERAKHIR DENGAN PENUH SUNTIKAN STRATEGI!
2 hari. Hampir 1,000 usahawan dari pelbagai pelusuk negeri termasuk Singapura dan Brunei.
Ada yang dapat hadir satu hari. Setengah hari. Ada yang hadir 2-hari penuh, siap minta tambah hari lagi!
Dengan Satu misi kritikal: Keluar dari operasi harian dan bangunkan bisnes yang lebih tersusun, scalable dan berdaya tahan.
Program ini menyaksikan pelbagai emosi dan momentum tercetus. Ada yang menitiskan air mata kerana terlalu lama terperangkap dalam rutin yang membebankan.
Ada yang dapat idea baru yang selama ini tersekat akibat kekangan operasi.
Dan ada yang menemui semula semangat yang lama hilang untuk memimpin perniagaan ke tahap seterusnya.

Untuk Amazing Founder kali ini ada juga barisan artis yang menjalankan bisnes hadir antaranya Anne Abdullah, Noraniza Idris, Hidayah Yusri, Kuna, Bocil dan ada beberapa orang lagi hadir untuk upgrade ilmu berniaga.
Hakikatnya, ramai founder bukan tidak pandai berniaga tetapi apabila terlalu lama berada dalam ‘loop’ harian yang sama — Fokus hilang, kreativiti jadi sendu, dan hala tuju menjadi kabur.
Sebab itu misi ini diwujudkan agar dalam masa 2 hari, peserta bukan sekadar hadir untuk belajar, tetapi mengalami satu bentuk peralihan sebenar.
AMAZING FOUNDER 2025: GAME-CHANGING BUSINESS BLUEPRINT
Transformasi perniagaan anda ke tahap NEXT-LEVEL GROWTH?
Amazing Founder 2025 bukan sekadar program biasa—ini adalah masterplan eksklusif untuk founder yang serius mahu dominate pasaran, bina team berprestasi tinggi, dan leverage AI untuk marketing yang lebih powerful.

NEW MODULE 1: NEXT-LEVEL GROWTH FORMULA
By Fahdi Ghazali | Life & Business Growth Mentor
Bayangkan perniagaan yang berkembang tanpa bergantung kepada luck. Bukan lagi sekadar hustle tanpa arah, tetapi formula terbukti untuk mengukuhkan asas bisnes dan melonjakkan pertumbuhan dengan struktur yang scalable.
Bisnes seperti sebuah kapal terbang. Ia perlukan dua enjin yang kuat untuk terbang dengan stabil—Sales & Marketing. Tanpa keseimbangan antara kedua-duanya, bisnes anda boleh terhempas!
Dalam modul ini, anda akan bongkar:
- Strategi eksklusif untuk grow secara sustainable tanpa burnout.
- Mekanisme bisnes high-performance yang boleh digandakan (replicable system).
- Blueprint founder mindset – berfikir & bertindak seperti pemilik syarikat bernilai jutaan ringgit.

NEW MODULE 2: THE ART OF HIRING
By Shariffudin Sahedan | Organizational Growth Expert
Founder hebat tak bekerja sorang-sorang. Kuncinya? Membina pasukan yang betul dengan cara yang betul. Hiring bukan sekadar mengisi kekosongan—ia adalah tentang memilih orang yang mampu drive vision syarikat ke tahap seterusnya.
Dalam modul ini, anda akan pelajari:
- Bagaimana kenal pasti bakat luar biasa dalam tempoh singkat.
- Formula D.I.S.C Personality Profiling untuk memilih staf yang sepadan dengan peranan mereka.
- Rahsia CEO syarikat besar dalam membina dream team yang high-performing & loyal.

NEW MODULE 3: AI MARKETING & DATABASE-DRIVEN STRATEGY
By Shafiq Supenah | Digital & AI Marketing Expert
Pemasaran tradisional dah tak relevan? Game changer bisnes hari ini? AI + Data. Jika anda masih guna kaedah lama, anda bakal tertinggal jauh di belakang. AI-driven marketing bukan sekadar hype—ia adalah masa depan untuk meningkatkan jualan dengan cara paling efektif dan automatik.
Antara yang bakal didedahkan:
- Bagaimana AI boleh buat pemasaran anda lebih precise, targeted & hyper-personalized
- Teknik rahsia data-driven marketing untuk tarik pelanggan yang betul & tingkatkan conversion
- Automasi pemasaran end-to-end – dari first touch hingga closing sales tanpa henti

Apa yang peserta bawa pulang?
- Perspektif baharu tentang peranan sebagai founder dan pemimpin
- Sistem operasi dan pengurusan team yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada mereka
- Blueprint pemasaran dan jualan yang lebih tersusun dan terbukti berkesan
- Sistem hiring telen.ai yang baru sahaja dilancarkan untuk membantu pendiri-pendiri bisnes untuk cari bakat berkualiti.
Semua ini dipandu secara terus oleh tiga mentor bisnes FunnelEvo, yang telah membimbing ribuan usahawan dari pelbagai industri mencipta hasil jutaan ringgit, dengan struktur bisnes yang lebih sistematik dan lestari.
Tahniah kepada semua peserta yang telah membuat keputusan berani untuk keluar dari zon selesa dan bersedia untuk membina bisnes yang bukan sahaja berkembang, tetapi juga bertahan lama.
Kini, giliran kami untuk terus memberi tumpuan penuh kepada mereka bagi memastikan pertumbuhan itu direalisasikan secara konsisten.
Sekiranya anda terlepas sesi ini dan benar-benar serius mahu menyertai program akan datang,
Sila isi borang minat di sini: Amazing Founder Julai
Tempat adalah terhad dan dikurasi secara khusus. Hanya untuk usahawan yang benar-benar bersedia untuk naik ke tahap seterusnya.